Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal

Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal
link : Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal

Baca juga


Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal

Pas percaya cerita dongeng mengenai PH, kata Mahathir
MALAYSIA DATELINE  -  October 3, 2017 5:46 pm 
Dakwaan Pas bahawa mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna mengundi DAP adalah cerita dongeng, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau yang enggan mengulas lanjut tuduhan itu juga menganggap dakwaan berkenaan adalah pendapat dangkal.

“Pas kata mengundi Pakatan Harapan ialah mengundi untuk DAP. Saya tidak hendak komen terhadap pendapat dangkal ini. Kalau sehingga kini masih percaya kepada cerita dongeng ini, tak mungkin Pas boleh celik mata dan lihat keadaan sebenar.

“Pas tidak pernah menang di peringkat pusat. Ia hanya parti pengacau yang memecahbelah dan melemahkan orang Islam,” tulis beliau dalam blognya, hari ini.

Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, satu lawan satu iaitu pembangkang menentang Barisan Nasional (BN) sepatutnya berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Kata Pengerusi PH ini lagi, kemungkinan besar satu lawan satu akan berlaku dalam kawasan bandar di mana Pas tidak akan bertanding, tetapi antara DAP dan BN, dan kemenangan kepada DAP sebenarnya disokong oleh Pas yang tidak bertanding dalam kawasan bandar.

“Tetapi di kawasan luar bandar di mana ramai penduduk adalah orang Islam, akan berlaku pertandingan tiga penjuru. PH akan lawan BN dan Pas.

“Pas akan mengumpan sebahagian dari pengundi anti-Kerajaan BN sehingga akan kuranglah undi kepada PH. Bahawa Pas juga akan kalah tidak mengapa. Kerana hasrat PAS ialah supaya Najib dapat kemenangan. Kenapakah Pas berbuat demikian? Apakah dedak memainkan peranan? Wallahu Wa’alam.

“Inilah peranan dan hasrat Pas setelah ia ditubuh. Pas tidak mungkin menang untuk mendirikan Kerajaan di peringkat pusat walaupun ia bertanding seratus kali,” katanya.

Dr Mahathir yakin pada PRU14 nanti, Pas secara langsung akan memecahkan barisan pengundi yang menentang Datuk Seri Najib Razak dan membolehkannya menang.

“Sama ada dirancang atau tidak disedari atau tidak inilah hasil daripada pemulihan Pas. Saya sedar kebenaran ini akan menyebabkan pelampau Pas marah amat sangat. Tetapi kebenaran masih kebenaran walaupun memedih telinga mendengar,” katanya.


Thus Article Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal

Itulah artikel Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/cerita-dongeng-dari-golongan-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cerita dongeng dari golongan yang terdesak dan kehabisan modal"

Post a Comment