RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?

RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?
link : RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?

Baca juga


RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?

 
 


KENDURI HABIS… Sebanyak RM1.5 bilion peruntukan kerajaan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dijangka berjaya diseleweng antara 2009 hingga 2015 lalu.

Jumlah mega tersebut adalah nilai yang disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun seorang bekas menteri Kabinet Persekutuan dan tiga individu yang ditahan lewat semalam.

Kesemua suspek dipercayai mempunyai kaitan dalam skandal berkenaan. Ini termasuk penahanan Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony semasa memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada RM7.5 bilion dana yang disalurkan ke Sabah melalui KKLW.

“Lebih 60 buah syarikat akan disiasat. Setakat ini hanya tiga tangkapan namun kami akan menangkap sesiapa sahaja jika didapati memang terlibat dalam penyelewengan dana peruntukan daripada kementerian berkenaan.

“Peruntukan tersebut sebenarnya adalah untuk projek infrastruktur rakyat membabitkan bekalan air, elektrik dan pembinaan jalan raya di negeri ini,” katanya kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM Sabah hari ini.

Turut dicekup ialah seorang ahli perniagaan di pejabat SPRM negeri itu pada Khamis malam dan seorang bekas pegawai kanan KKLW di ibu pejabat SPRM di Putrajaya ketika hadir memberi keterangan juga Khamis malam.

Media tempatan semalam melaporkan, Peter yang kini berusia 46 tahun merupakan seorang ahli perniagaan sebelum menyertai arena politik. Beliau dikatakan antara yang pernah mendapat kontrak daripada pihak KKLW.

Ini mencetuskan spekulasi ‘cakap politik kedai kopi’ kononnya kes tersebut bakal melibatkan Presiden Parti Warisan sendiri iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal yang merupakan menteri bertanggungjawab pada ketika itu.

Penyelewengan dana untuk kepentingan rakyat miskin di Sabah itu dilakukan menerusi pelbagai cara antara lain dengan melibatkan tuntutan palsu dan projek tertentu yang sengaja dibuat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Perbuatan suspek terbabit mengakibatkan rakyat khususnya di luar bandar di negeri itu tidak dapat menikmati banyak kemudahan. Pasukan SPRM dikatakan telah membuat siasatan lebih setahun ke atas kes profil tinggi ini.

Pihak SPRM awal minggu ini mengumumkan kejayaan dengan penyitaan wang tunai sebanyak RM29 juta dan sebelum itu kira-kira RM150 juta hasil siasatan daripada kes songlap berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Thus Article RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?

Itulah artikel RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/rm15-bilion-dana-kklw-masuk-akaun-bekas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "RM1.5 Bilion Dana KKLW Masuk Akaun Bekas Menteri?"

Post a Comment