Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman

Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman
link : Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman

Baca juga


Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman

Pensyarah simpati dengan Dr Kamarul Zaman, dakwa kehadiran Tun M diketahui penganjur
MALAYSIADATELINE  -  March 23, 2018 9:44 am
Pensyarah Universiti Teknologi Petronas Dr Muhaimin Sulam yakin kehadiran Tun Mahathir Mohamad dalam wacana membicarakan tentang dirinya di Shah Alam semalam diketahui penganjur.

Dr Muhaimin yang juga naib pengerusi AMANAH Perak berkata, ada beberapa petunjuk membuktikan kehadiran pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu telah diketahui lebih awal oleh pihak penganjur, akhbar Sinar Harian.

Beliau juga bersimpati dengan panelis forum, Dr Kamarul Zaman Yusoff yang dikenali amat kritikal dengan PH termasuk Tun Mahathir kerana nyata kurang selesa dengan kehadiran bekas perdana menteri itu.

“Walaupun saya banyak tidak sependapat dengan Dr Kamarul Yusoff dalam banyak perkara khususnya politik, saya sempati nasib beliau petang ini (semalam) ‘dimainkan’ oleh pihak penganjur.

“Beliau semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan,” tulisnya di laman facebook.

Menurut Dr Muhaimin kedatangan Tun Mahathir bagaikan sudah diketahui awal oleh pihak penganjur ataupun moderator Nazri Kahar dari Astro Awani apabila beliau dua kali menyatakan betapa ‘tidak adil’nya membincangkan tuan badan yang tidak hadir dalam forum itu.

“Tambahan pula penganjur awal-awal mengosongkan dua kerusi depan bagi memberi ruang Tun M dan isterinya duduk. Ini satu perancangan yang tidak kemas, mudah dihidu. Saya mungkin berprasangka saja,” ujar Dr Muhaimin.

Menurutnya, kemunculan Tun M telah mengubah seluruh mood dan pendekatan program wacana tersebut dengan fokus hadirin lebih kepada tokoh negara itu.

“Ternyata politik media yang dimainkan oleh Sinar Harian adalah sesuatu yang mengejutkan tetapi ia suatu yang tidak wajar. Jumlah pelawat rancangan itu melonjak jauh naik. Ranking tinggi.

“Jari jemari Dr Kamalurzaman pun sempat bermain-main dengan telefon pintarnya. Bahasa tubuh beliau jelas protes dan bengang,” tulis Dr Muhaimin.

Menurut beliau, ‘agenda setting’ Sinar Harian seperti sedang membentuk persepsi bahawa Tun Mahathir sebagai PM Malaysia selepas PRU14.

Semalam Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila hadir pada program Wacana Sinar Harian ke-53 yang berlangsung di Dewan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf).

Beliau tiba di lobi Karangkraf sekitar jam 4 petang ketika program bertajuk, ‘Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?’ sedang berlangsung.

Kehadiran bekas perdana menteri itu disambut dengan meriah oleh penyokong beliau yang hadir sama bagi mengikuti program wacana tersebut.

Tun Mahathir yang berpakaian lengkap serba kelabu turut ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Selain Dr Kamarul Zaman selaku Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), wacana itu turut menampilkan pakar psikologi Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

* Bagaimana pula dia kata teruja dengan kehadiran Dr. Mahathir. Bahasa badan dan bahasa mulutnya memang selari dengan tidak keselesaan dan gamam. Orang di luar boleh menghidunya.

Di bawah ni saya punggah komen-komen dari situ ke sini:
Musa Awang · 
Works at FELDA

memang penganjur ada jemput tun mahadir cuma dia tak pasti datang atau tidak .ahli foram pun tak kan tak tahu kot
LikeReply2h
Assad Khalfan Adnan · 

eksen ler dr muhaimin..hang mumkin prof..tapi corak pemikiran hang samo mcm si kamarul..professor sejati misti ada TELUQ untuk menghadapi sesiapa face to face tambahan lagi cakap depan kutuk depan org yg di maksudkan tidak termasuk istilah mengumpat.
LikeReply23h
Zubaidi Sudin · 

Dr Muhaimin Sulam ni dah kenapa, bersimpati pada yg salah? Tak tgk betapa Dr sangap tu berusaha memalukan Tun?? Malah tidak hormat pun walau org lain berdiri bila Tun masuk dewan. BIADAP bila bertemu org tua yg dia tak suka? Dah tu pulak..bukan mengkritik tapi mengutuk dan memperlekeh2kan Tun. Dia mendapat le apa yg dia buat, sebelum tu dia dah dimaklumkan Tun dijemput sama. Mungkin hadir mungkin tidak sbb tiada jwpan. Maka si Dr sangap tu sanggup datang walau dia dah faham risiko dan kebarangkaliannya. Yg Dr Muhaimin Sulam ni p simpati kat orang yang takde hormat pada Tun dan tak pernah bersimpati pada PH malah selalu memfitnah DAP control PH la, Kristian Avangelis lah...Damn!!! Kadang2 politik budiman tak kena tempat ni lah yg akan menjahanamkan. Pihak sendiri tak pulak dinyatakan simpati?
LikeReply23hEdited
Al Hussain · 

“Beliau semacam dijadikan ahli gusti WWF yang dijadikan badut untuk dimalukan,” tulisnya di laman facebook, tulis Muhaimin Sulam.

Ya memang dia seorang Badut. telah diberikan masa yang yang begitu banyak dan begitu bebas memperkatakan tentang Tun M yang sudah lanjut usia. Selama satu jam dia bebas semahunya berbuat begitu sebelum ketibaan Dr M.

Namun Dr Kamarul gagal mengemukakan hujah yg konkrit tentang ketidak layaknya Tun M berdasarkan faktor usianya ...

Kehadiran Tun M pada majllis tersebut sepatutnya menjadi perangsang dan semangat kpd Dr Kamarul untuk meluahkan segala rasa tidak puas hatinya terhadap Tun M secara berdepan.

Tetapi sebaliknya, kita semua boleh nampak apa yg telah berlaku. Persoalan samada pihak penaja telah merancang kehadiran Tun M bukan dgn cara sedemikian bukanlah alasan yang comel untuk Dr Kamarul untuk tergamam dan jadi tak menentu macam hilang akal.

Kehadiran Tun M telah membuktikan, usia bukan faktor sebagai alasan untuk tidak berani tampil berdepan dengan org yg jauh lebih muda daripadanya seperti Dr Kamarul yang tergagap-gagap dan hilang punca bila bersemuka dgn Tun M.

Sebaliknya Tu M lebig tenang dan bersantai ketika memberi respon kpd moderator.
Malah Tun M kelihatan lebih muda bertenaga dan gagah bila bergambar di sebelah Dr Kamarul yang kelihatan macam seorang Badut.

Itu yang membuat Tun M tersenyum sinis kerana dapat peluang bergambar dgn seorang Badut....
LikeReply11d


Thus Article Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman

Itulah artikel Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/tidak-sependapat-tapi-pensyarah-ini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tidak sependapat tapi pensyarah ini simpati dengan Dr Kamarul Zaman"

Post a Comment