[Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi.

[Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi.
link : [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi.

Baca juga


[Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi.

Rabu, 7 Mac 2018

Hasil carian imej untuk Gambar kos hidup meningkat

Hasil carian imej untuk Gambar kos hidup meningkat

Sia-sia merungut jika tidak mengundi

Sia-sia merungut jika tidak mengundi

Teras paling utama dalam sistem demokrasi ialah rakyat. Abraham Lincoln mengekspresikan demokrasi sebagai pembentukan sebuah kerajaan rakyat, dari rakyat, untuk rakyat. Sheikh Yusuf al-Qaradawi pula menyikapi demokrasi sebagai sebuah sistem yang berfungsi demi menjaga kepentingan umum (maslahah ammah) mengatasi kepentingan individu.
Dalam konteks Malaysia, kedua-dua definisi ini terpakai, namun definisi al-Qaradawi lebih dekat dan tepat dalam menggambarkan sikap kita terhadap demokrasi. Kerana, konsep kepentingan umum bukan semata-mata meraikan pandangan majoriti dan menafikan secara mutlak pandangan minoriti.
Sebaliknya, keputusan yang dibuat dalam rangka kebebasan bersuara adalah keputusan yang memberikan manfaat yang bersifat mapan dan berpanjangan. Inilah semangat yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan yang dizahirkan dalam peruntukan-peruntukan berkaitan kebebasan asasi, pembangunan dan pengurusan negara.
Oleh yang demikian, perkara yang mesti diberikan perhatian oleh rakyat Malaysia demi menunjukkan rasa penghargaan dan hormat kepada demokrasi yang telah kita bina bersama seawal Pilihan Raya Umum Pertama Persekutuan 1955, ialah kesedaran bahawa rakyatlah; kitalah, yang mengisi serta menjayakan demokrasi ini.
Kesimpulannya, menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Malaysia; tua dan muda, bandar dan luar bandar; pro dan kontra parti politik, untuk turun mengundi. Kerana mengundi bukan semata-mata mengundi parti politik, lebih daripada itu ialah mengundi manifesto terbaik untuk masa depan negara.
Maka, sekiranya kita tidak turun mengundi dan terlibat dalam proses pilihan raya, kita hilang kelayakan untuk merungut terhadap polisi dan dasar kerajaan yang dipilih laksanakan. Ini adalah kerana, memandangkan kita sudah memilih untuk terlibat dari awal, maka tidak ada sebab untuk kita terlibat dalam proses yang seterusnya.
Turun mengundi demi hak anda, demi menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat kepada negara, demi memilih masa depan Malaysia yang lebih baik dan terjamin. Melalui instrumen demokrasi inilah rakyat harus tampil dan menzahirkan hasrat yang paling dalam demi Malaysia. Hasrat untuk membangun Malaysia yang lebih terkehadapan dalam pelbagai sektor; ekonomi, infrastruktur, pendidikan, kehakiman dan keadilan sosial yang menyeluruh.
* Penulis adalah Exco Penerangan dan Penyelidikan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)


Thus Article [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi.

Itulah artikel [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2018/03/video-parlimen-2018-kecoh-beranikah-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Parlimen 2018 Kecoh: Beranikah BN dedah laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB] 'Pengundi muda' Sia-sia merungut jika tidak mengundi."

Post a Comment