[Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah.

[Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah.
link : [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah.

Baca juga


[Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah.

Selasa, 15 Januari 2019
Image may contain: text
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing, text and outdoor
Image may contain: 1 person, text
TS.
Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah

Tiada kenangan lebih indah dan memori paling manis sepanjang tahun 2018 yang ditinggalkan kecuali menumbangkan kerajaan kleptokrat tanpa pertumpahan darah.
Regim Umno-BN sebelum 9 Mei lapan bulan lalu seperti tidak terkalahkan. Pelbagai usaha digerakkan dan strategi dirumuskan sejak berdekad lamanya, namun kubu kebal itu tetap berdiri gagah walaupun mulai robek.

Hanya kebangkitan menyeluruh dan keberanian luar biasa rakyat menolak elit penguasa korup, merentasi kota dan desa, menyeberangi Laut China Selatan, mengetuk penempatan Felda dan pinggir bandar, seterusnya membadai tiang seri Umno dari selatan tanahair. Legasi 61 tahun terkubur.
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad mengemukakan formula setiap komponen parti Pakatan Harapan diraikan secara seimbang dan sama rata dalam pembentukan Kabinet Malaysia Baharu. Bilangan kerusi Parlimen tidak lagi mencerminkan komposisi jemaah menteri.

Ia boleh dianggap respons terbaik dan harmonis terhadap suara cekal rakyat menuntut pembaharuan tanpa terikat dengan ideologi politik kepartaian. Mereka impikan Malaysia yang lebih adil, selamat, makmur, telus, bebas-rasuah, diberkati dan berintegriti.
Segalanya tentu belum selesai, malah perjalanan panjang baru sahaja dilepaskan. Menukar kerajaan memerlukan gerak kerja luar biasa, tetapi mengisi kemenangan besar tidak terduga ini menuntut penggemblengan usaha yang lebih luar biasa.

Cabaran pulih negara
Cabaran memulihkan dan membina semula negara yang hampir punah dan bankrap ini cukup sukar, bagai babak pertama negara-negara kalah Perang Dunia Kedua, seperti Jerman dan Jepun, bangkit.
Proses pembersihan dalam urustadbir negara mulai mengambil tempat. Amalan keji era lampau yang menghanguskan khazanah nrgara belum habis dibongkar. Anggota pentadbiran yang terbabit korupsi dan nepotisme disisihkan. Budaya jelik seperti mengampu dan takut bercakap benar cuba dikurangkan.

Bukan mudah untuk membina semula negara dengan jentera kerajaan yang sama; terpalit skandal kewangan terbesar dan budaya “Cash is King” demi menyelamatkan seorang kleptokrat bertaraf global.

Prinsip-prinsip asas demokrasi, rule of law, pengasingan cabang kuasa, dan good governance giat dipulihkan. Udara segar kebebasan mulai dikecap. Ia mungkin boleh menimbulkan suasana panik dan keliru bagi masyarakat yang terperam lama dalam kongkongan.

Keterbukaan tidak bermakna memperjudikan keharmonian hidup masyarakat pelbagai kaum-agama. Namun tidak juga bererti undang- udang primitif dan peraturan karut-marut harus dikekalkan.

Ternyata Malaysia masih rapuh jalinan muhibah rakyatnya; bara sentimen perkauman dan ekstremisme agama mudah dinyalakan. Jalur sederhana bagai mudah dikalahkan oleh faham melampau.

Nilai-nilai politik baharu berdasarkan keadilan sejagat, menghormati hak asasi, akauntabiliti, dan seumpamanya mungkin mulai membiak-subur, tetapi di sisi lain atau di kutub berbeda, kita masih diselubungi syak wasangka, saling curiga, dendam kesumat.

Bagai tembok pejal membentengi kita, bukan hanya di antara kaum dan agama berbeda, atau wilayah yang berlainan tetapi juga sesama rumpun sebangsa, dalam kejiranan yang sama. Jurang pendapatan turut semakin melebar, ibarat pemisahan dua darjat dan kelas bertentangan.
Cabaran agenda reformasi
Cabaran agenda reformasi dan pembinaan semula tanahair bukan hanya bergantung kepada iltizam dan prestasi kerajaan Pakatan Harapan. Rakyat, khususnya yang mengundi menumbangkan regim lama perlu terus komited dengan partisipasi politik yang berterusan.
Penyertaan politik di zaman langit terbuka ini lebih mudah. Media sosial umpamanya menghamparkan gelanggang berinteraksi yang pantas. Namun usah diketepikan diskusi ruang awam yang formal sebelum sesuatu polisi digubal atau rancangan baharu diimplementasi.

Parlimen perlu cepat direformasi. Penguasa dan anggota pentadbiran pula harus responsif dengan keresahan rakyat. Biar masyarakat awam merasa luahan hati mereka diambil berat oleh kerajaan yang bertanggungjawab.

Selain itu, polemik dalaman parti atau antara-parti komponen, walaupun dianggap lumrah tetapi ia harus dikendalikan secara bijaksana dan berhikmah. Selesaikan secara adik-beradik penuh kerukunan.

Sejarah gabungan oposisi menunjukkan ia mudah retak dan berkubur akhirnya. Angkatan Perpaduan Ummah hanya sempat dua kali masuk pilihan raya, 1990 dan 1995. Barisan Alternatif hanya sekali 1999; sebelum PRU2004, DAP isytihar keluar. Pakatan Rakyat bertahan 2013, manakala 2008 hanya persefahaman BA dan DAP mengelak lawan sesama sendiri.
Semasa tiga parti bergabung di bawah Pakatan Rakyat, Pas dianggap sebagai bermasalah, kini tanpanya apakah Pakatan Harapan dapat terus menghormati aspirasi rakyat? Benarkah hubungan Bersatu dan PKR melalui titik sukar untuk muncul parti dominan atau sekadar manifestasi dinamika politik?

Mungkin kuasa di peringkat persekutuan khususnya, boleh menjadi tali pengikat di antara empat parti itu, tetapi faktor kuasa juga mampu meleraikan persefahaman yang terjalin jika ketamakan menguasai segalanya.

Hubungan Dr Mahathir dan bakal penggantinya Anwar Ibrahim juga menjadi tumpuan dan kebimbangan ramai. Dua sosok ini diharap dapat membawa keluar negara dari kegelapan tetapi personaliti tersebut juga ditafsirkan dengan pelbagai persepsi.

Tidak pelik jika rakyat atau pemerhati politik ghairah mentafsirkan setiap gerak atau bicara pemimpin. Soalnya, mengapa tokoh-tokoh di serambi kuasa turut berbicara sewenang-wenangnya memarakkan lagi bara perseteruan.

Rakyat sudah berkorban dan membuat keputusan penting untuk menyelamatkan negara. Mereka muak melalui era gelap zaman Najib Razak. Generasi lama tidak mahu mengulangi sisi gelita zaman Mahathir dan period duka pertempuran Reformasi.
Mereka menanti perubahan yang dijanjikan, terutama untuk mengurangkan bebanan kos hidup, menurunkan harga barangan dan perkhidmatan asas, peluang pekerjaan lebih merata, khazanah negara tidak dibazirkan.

Usah dikalutkan lagi dengan pelbagai spekulasi politik yang memenatkan. Mereka mungkin dapat bersabar menanti janji-janji perubahan dan reformasi, tetapi jika terus dihidangkan aksi-gelagat penguasa yang bercakaran dan tidak fokus untuk memulihkan negara, apakah mereka dapat bertahan lebih lama?

Pakatan Harapan beruntung kerana saingannya, sama ada Umno atau Pas, dalam keadaan lemah. Sistem dua parti nampak bermasalah apabila ahli-ahli Parlimen pembangkang seperti berebut-rebut lompat parti, bukan mempamerkan pilihan lebih baik buat rakyat.

Soalnya, Malaysia Baharu perlu tangkas dan bingkas melonjak ke era kegemilangan, sekurang-kurangnya menjadi negara yang damai, sejahtera dan adil untuk semua warganya berteduh. Destinasi impian itu masih jauh dan kita tiada masa untuk terus berkhayal dalam tempoh bulan madu yang sudah berakhir itu.



Thus Article [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah.

Itulah artikel [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2019/01/video-najib-rasmikan-trademark-malu-apa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Najib Rasmikan Trademark "Malu Apa BOSSKU" Najib, Najib, bukan ape kesiannn] Perbezaan Upah & Umpan! Nasib baik saingan Pakatan Harapan terlalu lemah."

Post a Comment