Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti

Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti
link : Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti

Baca juga


Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti





Sambutan Hari Kemerdekaan dan Umno di SK Precint 14 Putrajaya dibantah umum.

Hampir mustahil untuk dilakukan kerajaan pimpinan Najib, namun itulah gesaan yang dibuat Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Johor Aminolhuda Hassan yang mahu tindakan disiplin dikenakan terhadap Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kerana memperalatkan sebuah sekolah rendah di Putrajaya untuk kempen politik Umno.

Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 14 baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila mengadakan sambutan kemerdekaan bertemakan ‘Umno dan Kemerdekaan’ yang telah dirasmikan Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno.

Aminolhuda yang juga bekas guru penolong kanan di salah sebuah sekolah di daerah Johor Bahru mahu kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan tidak berlepas tangan dengan kejadian yang berlaku.

Selama ini, kata Adun Parit Yaani itu, kerajaan BN menghalang keras pembabitan kakitangan kerajaan termasuk guru dalam politik khususnya politik pembangkang namun kini pemimpin Umno sendiri berkempen secara terang-terangan di premis milik kerajaan dan membabitkan kanak-kanak sekolah.

“Perkara ini tidak sepatutnya dilakukan apatah lagi membabitkan seorang menteri serta Setiausaha Agung parti pemerintah. Kami khuatir perkara yang dilakukan itu akan menjadi ikutan pemimpin pada masa akan datang,” ujar Aminolhuda.

Aminolhuda Hassan

Beliau seterusnya menggesa perdana menteri yang juga pengerusi BN dan presiden Umno agar mengenakan tindakan disiplin terhadap Adnan yang secara jelas menyalahgunakan kuasa.

Ini, katanya bagi membuktikan Umno dan BN sebagai parti yang bermaruah dan berprinsip seperti sering didakwa.

Beliau juga kesal apabila kanak-kanak yang masih di bangku sekolah dijadikan bahan tunggangan politik.

“Saya mendesak perdana menteri yang juga Presiden Umno untuk menunjukkan sikap terhadap tindakan setiausaha agung Umno dengan mengambil tindakan disiplin jika benar-benar beliau berprinsip,” tegasnya lagi.




Thus Article Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti

Itulah artikel Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/ambil-tindakan-disiplin-terhadap-adnan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ambil tindakan disiplin terhadap Adnan kerana peralat sekolah untuk politik parti"

Post a Comment