Asrama akademi tahfiz terbakar

Asrama akademi tahfiz terbakar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Asrama akademi tahfiz terbakar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Asrama akademi tahfiz terbakar
link : Asrama akademi tahfiz terbakar

Baca juga


Asrama akademi tahfiz terbakar


 Susah nak percaya bila baca di Malaysiakini berita dengan tajuk diatas. Puas saya belek-belek kalau-kalau berita tersebut berita lama...Rupa-rupanya memang benar dan baru sebentar berlaku... Sibaik tidak ada kemalangan nyawa yang berlaku...

Hari ini, 8:23 am Hari ini, 8:24 am : Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya ul-Quran, Kampung Bukit Lanchong, di Shah Alam musnah kira-kira 20 peratus dalam insiden kebakaran malam tadi.

 Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada 8.30 malam dan dua jentera bersama 14 anggota digerakkan ke lokasi. 

Beliau berkata bagaimanapun tiada mangsa cedera dalam kebakaran asrama berkeluasan 90 kaki persegi yang terletak di tingkat dua bangunan tiga tingkat itu.

 Katanya, api yang membakar beberapa tilam serta katil pelajar berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira sejam kemudian namun punca kejadian masih dalam siasatan. 

 Dalam pada itu, mudir akademi tersebut Mohd Khairul Ni'mat Doll Kawaid, 33, ketika ditemui pemberita di lokasi memberitahu api dilihat marak sekitar 8.15 malam sebelum mengarahkan 17 pelajar berumur sembilan hingga 17 tahun yang sedang mengaji di tingkat bawah meninggalkan bangunan tersebut.

 Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan punca kebakaran dipercayai akibat sisa bara ubat nyamuk yang dipasang di dalam asrama itu.

  “Akademi ini pernah dilawati bomba, polis dan pihak berkuasa tempatan sebelum ini dan kita sedang menaik taraf secara berperingkat beberapa keperluan yang disarankan agensi terlibat demi keselamatan pelajar. 

 “Malah kita juga akan cuba mewujudkan skuad bomba tahfiz pada masa depan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada pelajar dan guru untuk mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku sebarang insiden atau kecemasan yang tidak diduga,” kata Mohd Khairul Ni'mat.- Bernama


Thus Article Asrama akademi tahfiz terbakar

Itulah artikel Asrama akademi tahfiz terbakar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Asrama akademi tahfiz terbakar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/asrama-akademi-tahfiz-terbakar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asrama akademi tahfiz terbakar"

Post a Comment