BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya

BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya
link : BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya

Baca juga


BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya


Syariah diturunkan untuk memastikan manusia mencapai kebaikan. Ekoran itu, syariah dan maqasid syariah perlu berjalan seiringan. Ini kerana, syariah tanpa maqasid syariah, akan memberi implikasi pengamalan syariah tidak memberi kebaikan kepada manusia.

 Bagi orang yang cenderung kepada syariah tanpa maqasid syariah akan menekankan perlaksanaan tanpa melihat kepada implikasi kebaikan, malahan jika melahirkan keburukan pun tidak mengapa, dan tetap meletakkan kepercayaan bahawa ia sudah mendapat pahala.

 Khawarij adalah kalangan yang menekankan perlaksanaan syariah, dengan abaikan kepentingan mencapai kebaikan kepada manusia. Ekoran itu, ketika berlawan dengan Saidina Ali, mereka membaca al-Quran, iaitu ayat “tiada hukum kecuali hokum Allah”(Surah al-An’am, ayat 57; Surah Yusuf ayat 40 dan 67),  “barangsiapa yang tidak berhukum dengan hokum Allah, maka dia adalah kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44).

 Namun, memandangkan mereka mengabaikan tujuan perlaksanaan syariah untuk mencapai kebaikan kepada manusia, menyebabkan Saidina Ali mengeluarkan perkataan popular, “perkataan itu adalah benar, sedangkan tujuannya adalah kebatilan”.

Di Malaysia, menerusi banyak kenyataan pimpinan PAS, kelihatan mereka akan negatif dengan pendekatan maqasid syariah ketika mereka bercakap berkenaan syariah. Dengan pendekatan ini, sudah pasti memberi banyak kesan buruk pada masyarakat. Atas nama perlaksanaan syariah, tidak semestinya memberi implikasi tindakan selaras dengan syariah.

 Hal ini pernah terjadi pada Khawarij dahulu, dan terbaru diamalkan oleh ISIS di Syria dan Iraq. Pendekatan tanpa maqasid syariah ketika bercakap soal syariah bakal melahirkan banyak bahaya kepada umat. Sudah pasti, lebih bahaya jika diamalkan di Malaysia, sebuah Negara yang mempunyai peratusan bilangan rakyat muslim dan non muslim hampir setara. 

 Antara bahaya-bahaya itu adalah seperti berikut;

 Pertama, akan wujud peperangan persenjataan yang melibatkan nyawa antara muslim dan orang bukan Islam. Mereka bakal merujuk kepada firman Allah;

 فَإِذَا انْسَلَخَ الْأَشْهُرُ الْحُرُمُ فَاقْتُلُوا الْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَاحْصُرُوهُمْ وَاقْعُدُوا لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍ فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian. Jika mereka bertaubat dan mendirikan sholat dan menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka untuk berjalan. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi maha Penyayang”  (Surah al-Taubah, ayat 5)

 فَإِنْ تَوَلَّوْا فَخُذُوهُمْ وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ وَجَدْتُمُوهُمْ وَلَا تَتَّخِذُوا مِنْهُمْ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

 “Maka jika mereka berpaling, tawan dan bunuhlah mereka di mana saja kamu menemuinya, dan janganlah kamu ambil seorangpun di antara mereka menjadi pelindung, dan jangan (pula) menjadi penolong” (Surah al-Nisa’, ayat 89)

 Tanpa maqasid syariah, ayat ini bakal digunakan untuk lakukan serangan persenjataan dan pembunuhan terhadap orang bukan islam. Terutama, ayat perang adalah suruhan, sedangkan kaedah usul al-Fiqh menyatakan bahawa sesuatu suruhan adalah wajib.

 Justeru, melihat al-Quran tanpa maqasid syariah, menjadikan kesimpulan bahawa perangi orang bukan islam adalah wajib di Malaysia. Keadaan ini sudah pasti bercanggah dengan maqasid syariah. Ini kerana, dari sudut maqasid syariah, sesuatu ayat perlu dilihat pada konteks tertentu disamping kepentingan sesuatu perlaksanaan syariah adalah memberi kebaikan kepada rakyat dan menolak sebarang elemen dan unsur kerosakan dari tertimpa kepada rakyat.

Ekoran itu, dalam konteks Malaysia perangi orang bukan islam tidak boleh dilaksanakan, malahan haram kerana ia boleh memberi implikasi buruk kepada rakyat.

 Kedua, berdasarkan kepada syariah tanpa maqasid syariah, sudah pasti pengamalan bughah mendapat tempat. Ini kerana, pengamalan bughah ini terdapat dalam al-Quran, iaitu firman Allah;

 إِنَّمَا جَزَاءُ الَّذِينَ يُحَارِبُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا أَنْ يُقَتَّلُوا أَوْ يُصَلَّبُوا أَوْ تُقَطَّعَ أَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُمْ مِنْ خِلَافٍ أَوْ يُنْفَوْا مِنَ الْأَرْضِ ذَلِكَ لَهُمْ خِزْيٌ فِي الدُّنْيَا وَلَهُمْ فِي الْآخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ

 “Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar” (Surah al-Maidah, ayat 33)

 Ayat ini, memberi gambaran pengamalan bughah boleh dikenakan hukuman bunuh, atau disalib, ayat memotong tangan dan kaki secara bersilang atau buang kawasan. Tanpa maqasid syariah, pengamalan hukuman bughah akan memberi implikasi wujud kerosakan dalam pentadbiran sesuatu negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan konsep negara bangsa seperti Malaysia.

 Dari sudut maqasid syariah, sesuatu perlaksanaan syariah perlu dilihat kepada faktor konteks dan waqie disamping perlaksanaan itu hendaklah dilihat implikasi kebaikan kepada rakyat. Contohnya perangi orang bukan Islam, seperti dalam kupasan di atas.

 Ekoran itu, dari sudut maqasid syariah, dalam kerangka negara demokrasi dan sistem negara bangsa, hukuman bughah tidak boleh dilaksanakan, walaupun termaktub dalam nas, sedangkan pendekatan ini sudah bercanggah dengan pendekatan syariah tanpa maqasid syariah.

 Ketiga, dengan melihat syariah tanpa maqasid syariah, sudah pasti pengamalan yang bakal dilaksanakan adalah hukum hamba. Ini berdasarkan kepada firman Allah;

 يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْكَ 

“Hai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri- isterimu yang telah kamu berikan mas kawinnya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu peroleh dalam peperangan yang dikaruniakan Allah untukmu” (Surah al-Ahzab, ayat 50)

 Lebih parah lagi, hamba boleh disetubuhi tanpa proses pernikahan. Ini berdasarkan kepada firman Allah; 

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ * إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ 

“Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya * kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela” (Surah al-Ma’arij, ayat 29 – 30)

 Tanpa maqasid syariah, pengamalan perangi persenjataan terhadap orang bukan islam boleh diamalkan dalam konteks Malaysia. Justeru, dengan wujud pengamalan perang, sudah pasti tawanan perang boleh dijadikan sebagai hamba.

 Dari sudut maqasid syariah, pengamalan ini sudah pasti tidak boleh diamalkan, kerana dalam maqasid syariah, sesuatu ayat perlu dilihat pada konteks ayat yang konteks ayat terbabit menggambarkan proses penghapusan penghambaan disamping dalam maqasid syariah, ada keperluan melihat kepada beberapa perkara dasar yang ditekan dalam maqasid syariah, iaitu dasar kewajipan menjaga imej agama islam dan dasar Islam datang hapuskan budaya perhambaan, menjadikan pengamalan perhambaan tidak boleh diamalkan langsung.

 Pendekatan maqasid syariah tidak wajar ditolak, kerana tanpa maqasid syariah, syariah bukan proses memberi kebaikan kepada manusia, tetapi akan melahirkan kerosakan dalam masyarakat. Ini sudah pasti memberi bahaya kepada manusia.

 Ekoran itu, disamping syariah, melihat kepada maqasid syariah adalah perlu. Bukan sekadar manusia jadi baik, dengan maqasid syariah, syariah akan dihormati dan mampu menarik kaum bukan Islam kepada Islam. Persoalannya timbul;

 Pimpinan PAS kelihatan tidak mesra Maqasid Syariah ketika bercakap soal perlaksanaan al-Quran dan hadis atau syariah, malahan lebih parah lagi, mereka memandangkan sinis pada pendekatan maqasid syariah dan menuduh dengan pelbagai tuduhan negative. Justeru, apa jaminan PAS bahawa PAS tidak mahu laksanakan tiga perkara ini?

 Sebelum mendapat kuasa polis dan tentera pun, PAS sudah lebih cenderung kepada takfir.

 Malahan, di Malaysia hanya PAS satu-satunya parti politik yang mengamalkan amalan tersebut, seperti tuduhan mahu tanam di jirat dan tuduhan munafiq haraki.

 Justeru, apa jaminan PAS tidak cenderung untuk melaksanakan tiga perkara ini pada saat amalan takfir itu amat mudah diamalkan oleh PAS?9 Wallahu ‘Alam.

From Whatsapp Geroup ~ sumber


Thus Article BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya

Itulah artikel BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bahaya-haji-hadi-akibat-lidah-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "BAHAYA Haji Hadi akibat lidah dan tangannya"

Post a Comment