Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad - kawan-kawan Hallo
MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting
Artikel BUDAYA,
Artikel EKONOMI,
Artikel ENTERTAIMENT,
Artikel HOBY,
Artikel NEWS,
Artikel OLAHRAGA,
Artikel POLITIC,
Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.
Tajuk :
Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmadlink :
Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad
Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad
Murphy Pakiam seorang kawan rapat dan pernah menjadi jiran keluarga Kassim Ahmad.
Murphy Pakiam berkunjung ke Masjid Al-Huda demi kawan rapatnya, Kassim Ahmad.
KULIM: Bekas archbishop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam mengunjungi masjid untuk cendekiawan Kassim Ahmad yang meninggal dunia hari ini, di Masjid Al-Huda di sini.
Pemimpin komuniti Kristian itu pernah berjiran dengan Kassim di Bukit Gelugor, Pulau Pinang pada 1960-an, dan sangat rapat dengan keluarga cendekiawan itu.
Beliau tampil memakai pakaian rasmi untuk melihat upacara solat jenazah sebelum pengebumian Kassim.
Murphy Pakiam menunggu jemaah yang sedang bersiap sedia untuk menjalani solat Maghrib.
Kemudian, Pakiam menunggu jemaah menjalani solat maghrib dan duduk bersama mereka dalam sesi bacaan Al-Fatihah untuk Kassim.
Beliau kemudian menenami waris menyaksikan pengebumian Kassim di perkuburan yang terletak di belakang masjid.
Pakiam ketika ditemui pemberita berkata keluarganya mempunyai sejarah yang panjang dengan keluarga Kassim semasa beliau menjadi seorang pensyarah dan kemudian rektor di Seminari Tinggi Katolik di Pulau Tikus.
Murphy Pakiam bersama isteri Kassim Ahmad, Shariffah Fawziah Syed Yussof Alsagoff (empat dari kanan) di masjid sebelum pengebumian.
“Rumah kami bersebelahan dengan rumah Kassim di Jalan Bunga Raya. Saya dan adik saya, Betty, sangat rapat dengan beliau dan keluarganya,” kata Pakiam.
Di matanya, Kassim seorang ahli akademi yang sangat berterus terang dan berani menyuarakan fikiran.
“Kassim sangat memahami Al-Quran, dan sebagai seorang sosialis, beliau menafsirkan Al-Quran dalam kerangka sosialis.
“Beliau juga seseorang yang merasakan wajib berkhidmat kepada rakyat. Saya meratapi pemergian beliau bersama ahli keluarganya, dan saya harap beliau aman di sana,” kata Pakiam.
Kassim dikebumikan di perkuburan Masjid Al-Huda di Jalan Kilang Lama, Kulim pada 7.32 petang tadi.
Thus Article Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad
Itulah artikel Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bekas-archbishop-kl-kunjungi-masjid.html
Related Posts :
[Video Nasihat Usop Wilcha kepada penyokong #UndiRosak] Majikan S'pura beri cuti utk mengundi & Pelbagai usaha dibuat untuk pasti semua dapat pulang mengundi.Khamis, 12 April 2018
Majikan S'pura beri cuti utk mengundi...
Majikan S'pura beri cuti untuk pekerja M'sia balik mengundi
Manakala m… Read More...
Senarai PM tua dunia. Apa masalahnya dengan Dr. Mahathir?Perdana Menteri Sudan (Babiker Awadàlla) tahun 1969 berumur 101 tahun.
PM Jepun (Yasuhiro Nakasone) tahun 1987 berumur 99 tahun.
PM Korea Se… Read More...
Kerana rakyat, Rafidah bangun dan bingkas dengan lantang!Agenda saya untuk rakyat, kata Rafidah
mk | Dikemaskini 11 Apr 2018, 5:58 petang
Tan Sri Rafidah Aziz berkata beliau tiada agen… Read More...
Nape awal-awal lagi Salleh dah meghoyan?Pakatan will never stop accusing BN of cheating – Salleh
TMT - April 11, 2018
KUALA LUMPUR, Apr 11: Communications and Multimedia Min… Read More...
[Video Udoh kami tak sior takkan pangkah dacing senget'] 9 Mei membuang undi, cuti umum & 10, 11 Mei PH menang kita cuti umum lagi! Jadilah pengundi bijak, pastikan BN TUMBANG! Guan Eng serah semula kenderaan rasmi, naik bas ke pejabat. Najib bila pula?Rabu, 11 April 2018
DACING SENGET
Inilah gambaran situasi rakyat Malaysia di bawah pemerintahan BN
Otai BERSIH
Suka Halaman … Read More...
0 Response to "Bekas archbishop KL kunjungi masjid untuk Kassim Ahmad"
Post a Comment