Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela

Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela
link : Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela

Baca juga


Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela

 
3 anggota Rela masing-masing cedera di kepala, mata dan perut dalam kejadian di sebuah tokong di Jalan Ampang.


Rela_polis_600


KUALA LUMPUR: Tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) cedera selepas mendakwa dipukul seorang “Datuk Seri” di sebuah tokong di Jalan Ampang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu mangsa Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, masing-masing mengalami kecederaan di kepala, mata dan perut.

Melvin Chong berkata kejadian bermula apabila beliau meminta “Datuk Seri” itu agar mengalihkan kenderaan Toyota Vellfire miliknya yang menganggu lalu lintas, namun dia enggan berbuat demikian.

“Lelaki itu marah bila saya minta alihkan kenderaannya dan menepuk meja serta memaki kami selain mengugut akan mengapa-apakan kami.

“Rakan saya Lee dan Leong bertindak untuk meleraikan keadaan, tetapi lelaki itu terus memukul dan menendang kami,” katanya pada sidang media hari ini.

Kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan polis dibuat di Balai Polis Ampang, katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA merangkap Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Rela, Datuk Seri Michael Chong.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Mohd Zaid Hassan mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis sedang mengenal pasti suspek serta status “Datuk Seri” itu.



Thus Article Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela

Itulah artikel Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/berang-diarah-alih-vellfire-datuk-seri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berang diarah alih Vellfire, ‘Datuk Seri’ pukul 3 Rela"

Post a Comment