Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN

Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN
link : Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN

Baca juga


Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN



Mohd Ali Hamsa



Sikap tidak kisah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ali Hamsa terhadap pelawaan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyeru agar guru menyertai Umno dalam acara sekolah amat mengejutkan.

Ketiak ditanya wartawan FMT berhubung tindakan Adnan itu, Ali dilapor menjawab ringkas, “Saya tiada masalah dalam hal itu.”

Jawapan Ali itu disambut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang ingin tahu sama ada beliau juga membenarkan guru-guru menyertai DAP dan parti komponen Pakatan Harapan (PH)?
“Jika tidak, bolehkah KSN ke-13 itu menunjuk bahagian mana Perintah Am (perkhidmatan awam) yang menyatakan bahawa guru boleh menyertai Umno tetapi bukan DAP atau parti komponen PH yang lain?
“Berikan pencerahan, kerana Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada bulan Mac pernah berkata bahawa guru yang menyokong pembangkang dan mengkritik kerajaan harus meninggalkan kerjaya itu?” katanya dalam satu kenyataan media.

Tengku Adnan dalam ucapan majlis penutup Hari Kemerdekaan di Sekolah Rendah Putrajaya Presint 14 (1) pada Selasa menggesa guru untuk menyertai Umno.

Selain ucapan berbaur politik, majlis berkenaan turut dipenuhi dengan kibaran bendera Umno, malah murid turut dipaksa supaya menyanyikan lagu parti itu dan melaungkan slogan ‘Hidup Umno!’

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah mengingatkan penjawat awam agar tidak tunduk terhadap tekanan politik.

“Penjawat awam harus menunjukkan kesetiaan kepada negara serta rakyat dan bukannya kepada parti politik,” tegasnya.



Thus Article Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN

Itulah artikel Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bolehkah-guru-sertai-dap-soal-kit-siang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bolehkah guru sertai DAP, soal Kit Siang kepada KSN"

Post a Comment