Tajuk : Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT
link : Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT
Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Letupan di tapak pembinaan stesen Transit Aliran Massa (MRT) di Bandar Malaysia semalam berpunca daripada peninggalan bom lama ketika zaman Perang Dunia Kedua.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh.
“Hasil siasatan awal mendapati ia merupakan bom lama ketika Perang Dunia Kedua, dan bom berkenaan meletup secara tiba-tiba ketika kerja pembinaan sedang dijalankan,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 5.00 petang itu, tiga pekerja warga Bangladesh cedera parah dan dua daripadanya putus kaki manakala seorang lagi pekerja cedera di tangan serta kaki.
Ketiga-tiga pekerja berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.23 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.
Beliau berkata seramai 25 pegawai dan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Pudu dan Tun Razak dikejarkan ke tempat kejadian.
Thus Article Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT
Itulah artikel Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/bom-lama-punca-letupan-di-tapak.html
0 Response to "Bom lama punca letupan di tapak pembinaan MRT"
Post a Comment