Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?

Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?
link : Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?

Baca juga


Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?

Malaysian Access

Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan
Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan adalah tidak realistik dan berdasarkan perkiraan yang tidak tepat, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong.

Bajet itu, antara lain bercadang untuk menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pelaksanaan gaji minimum RM1,500, memperkenal subsidi minyak dan pendidikan percuma untuk rakyat.

Menurutnya, dakwaan yang GST boleh dihapuskan dengan RM7 bilion daripada cukai penggunaan adalah tidak munasabah.

“Ini adalah dengan andaian apabila GST dihapuskan dan cukai jualan dan perkhidmatan dilaksanakan, harga barangan akan pasti jatuh.

“Bagaimanapun, harga barangan atau corak penggunaan bukan bergantung kepada GST, tetapi kepada prestasi ekonomi dan bagaimana inflasi memberi kesan ke atas harga barangan itu,” katanya kepada pemberita selepas Forum Perdagangan Industri Besi dan Keluli Malaysia 2017 di sini, hari ini.

Chua berkata, Pakatan Harapan kelihatan tidak yakin dengan cadangan itu kerana terdapat kenyataan pada bajet berkenaan yang berbunyi: “Jika kita tidak dapat mencapai bajet seimbang, kita perlu menimbang asas-asas cukai yang lain.’’

Mengenai subsidi petrol, Chua berkata, walaupun ia nampak seperti elemen yang baik, parti itu gagal menyediakan kos bagi melaksana mekanisme berkenaan.

“Kami dalam kerajaan telah melaksanakan gaji minimum dan berharap untuk menaikkannya secara beransur-ansur bagi memastikan pasaran, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) boleh menyerapnya.

“Jika anda menaikkannya daripada RM1,000 kepada RM1,500, iaitu 50 peratus lebih tinggi, ia akan menyebabkan banyak PKS ditutup dan mewujudkan lebih banyak pengangguran,” katanya.

Mengenai pendidikan, Chua berkata, pakatan itu sebelum ini mahu menyediakan pendidikan percuma.

“Bagaimanapun, dalam bajet terbaru, ia berkata elemen itu perlu dikaji dan ia akan mengambil masa 10 tahun untuk selesai,” katanya.

Mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang tidak perlu membayar balik pinjaman mereka sehingga gaji mereka melebihi kuantum tertertu, Chua berkata, ini bermakna kerajaan perlu menyediakan lebih banyak dana baharu untuk kumpulan pelajar baharu.

“Kos untuk langkah itu juga tidak disebut dalam Bajet Alternatif,” katanya. – Bernama




Thus Article Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?

Itulah artikel Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/cadangan-bajet-alternatif-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cadangan Bajet Alternatif Pakatan Harapan, Realistik atau Angan-Angan?"

Post a Comment