Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi

Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi
link : Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi

Baca juga


Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi


Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown akan failkan pembelaannya tidak lama lagi berhubung saman yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Ya, sebenarnya tidak lama lagi,” katanya dalam emel kepada FMT apabila disoal mengenai perkembangan terbaru kes di mahkamah London.

Bagaimanapun, Clare tidak pasti bila perbicaraan akan bermula.

“Perbicaraan perkara lain pula. Itu mungkin berbulan lagi,” tambahnya.

Sementara itu, Peguam Americk Sidhu berkata prosedur sivil di Malaysia dan United Kingdom agak sama.

“Akan ada pengurusan kes dan isu awal untuk dijelaskan sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan,” katanya.

Americk berkata Clare boleh memfailkan pembelaannya dahulu dan kemudian membuat permohonan untuk menggugurkan saman Hadi.

“Bagaimanapun, ini perlu dilakukan awal lagi sebelum mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan apabila saksi akan dipanggil untuk memberi bukti,” katanya lagi.

Pada 2 Ogos lalu, mahkamah menolak permohonan Clare untuk meminta Hadi mendepositkan sejumlah wang di mahkamah sebagai jaminan keselamatan bagi memenuhi anggaran kos sebelum samannya bermula. Mahkamah juga mengarahkan Clare memfailkan pembelaannya sebelum 30 Ogos.

Bagaimanapun, Clare diberi masa yang lebih selepas melantik peguam baharu.

Hadi hanya diarah mendepositkan RM80,000 sebagai jaminan keselamatan, jika beliau kalah dalam kes terhadap Clare.

Saman itu, difailkan di Mahkamah Tinggi London pada April berhubung satu artikel ditulis Clare pada Ogos 2016.

Sarawak Report menerbitkan artikel itu yang mendakwa RM90 juta “dianggap” dimasukkan ke dalam akaun pemimpin tertinggi PAS untuk memikat mereka menyokong Umno dan Barisan Nasional. ~ sumber


Thus Article Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi

Itulah artikel Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/clare-akan-memfailkan-pembelaan-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Clare akan memfailkan pembelaan kes saman fitnah Hadi"

Post a Comment