‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’

‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’
link : ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’

Baca juga


‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’


 
‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’


Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dilihat sebagai mantera dan jampi untuk tujuan mengaburi mata rakyat dan menabur rasa simpati dan peduli kerajaan sedangkan ia hanya untuk memancing undi,kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, dengan anggaran kerajaan untuk meningkatkan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM43.8 bilion daripada RM41.5 bilion tahun ini, menunjukkan syarikat berkaitan kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan kerajaan.

“Selain GST ada cukai lain macam cukai pendapatan, cukai korporat, cukai import, cukai eksport, cukai setem, cukai jalan, tarif dan macam-macam lagi bayaran yang rakyat jelata kena bayar. Mati pun kena cukai juga dalam bentuk cukai harta peninggalan.

“Hanya sebahagian kecil saja hasil kerajaan datang daripada perniagaan yang dilakukan oleh Petronas, Khazanah Nasional Berhad dan 1MDB,” ujarnya dalam tulisan di blognya hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai peruntukan Bajet 2018 sejumlah RM280.25bilion yang menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM 260.9bilion pada tahun lalu.

Bagi tahun 2018, Najib menganggarkan hasil sebanyak RM239.9 bilion tapi kerajaan bercadang berbelanja sejumlah RM280.25 bilion.

Justeru kata A Kadir lagi, dalam bajet dibentangkan perdana menteri yang mencadangkan perbelajaan sejumlah RM234.25 bilion untuk pengurusan dan RM46 bilion untuk pembangunan, ujarnya lagi, menyebabkan perbelanjaan bagi tahun ini naik 7.5 peratus kerana Najib dakwanya, menggunakan duit pembayar cukai untuk pancing undi.

“Kerajaan kurang duit sebanyak RM40.35 bilion dalam Bajet 2018 kerana hasil berjumlah RM239.9 bilion tapi belanja RM280.25 bilion. Jadi kena hutang RM40 juta lebih.

“Najib kutip cukai daripada rakyat jelata kemudian guna duit itu untuk sogok rakyat jelata supaya undi BN. Dia kelentong kita. Dia kata kerajaan bagi duit kepada rakyat jelata.

“Bukan kerajaan bagi tapi kita sendiri yang bagi. Kita bayar GST dan macam-macam cukai lagi untuk tadbir dan bangunkan negara.

“Najib ambil duit itu untuk sogok kita supaya undi parti dia. Dia ingat kita bangang,” ujarnya.



Thus Article ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’

Itulah artikel ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’ dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/dia-kelentong-kita-kaburi-mata-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "‘Dia kelentong kita, kaburi mata untuk pancing undi’"

Post a Comment