Tajuk : Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat
link : Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat
Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat
ANTARAPOSBATU PAHAT: Empat pelajar tingkatan dua dilaporkan hilang selepas tersesat ketika beriadah di Hutan Lipur Gunung Soga, petang semalam, ditemui selamat kira-kira jam 10 pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat Fauzi Mohd Nor, berkata Mohd Amir Haziq, Mohd Azrul Azizi, Mustakim dan Mohammad Affiq, ditemui kira-kira satu kilometer dari lokasi mereka masuk ke hutan itu oleh pasukan penyelamat.
Katanya, semua pelajar terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi dalam keadaan keletihan ketika ditemui oleh kumpulan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Katanya, seorang daripada remaja itu dilaporkan mengalami asma berikutan cuaca hujan pagi tadi dan semua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk pemeriksaan kesihatan.
Operasi SAR itu membabitkan 44 anggota iaitu 16 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, 15 anggota polis dan 13 Angkatan Pertahanan Awam (APM), selain dibantu tiga orang awam sebagai jurupandu.
Thus Article Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat
Itulah artikel Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/empat-pelajar-sesat-di-gunung-soga.html
0 Response to "Empat pelajar sesat di Gunung Soga ditemui selamat"
Post a Comment