Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar

Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar
link : Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar

Baca juga


Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Politik Islam tidak seharusnya fokus kepada pilihan raya umum (PRU) semata-mata, tetapi ia sepatutnya lebih daripada itu.
 
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perjalanan politik Islam perlu memasukkan elemen dakwah dalam usaha mendidik masyarakat dengan tidak mementingkan kuasa politik masing-masing.
 
Menggariskan tiga 'perjalanan' politik Islam, Hadi berkata, antara elemen perlu diikuti adalah dengan mewajibkan kepimpinan yang bercirikan Islam tanpa menentukan siapa yang menjadi Perdana Menteri.
 
Ini kerana ujarnya, perjuangan politik Islam itu sendiri bukannya mahu mengangkat mana-mana individu tetapi lebih kepada untuk mendapat keredaan Allah.
 
"Perjuangan kita bukan mengangkat orangnya, tetapi dasar dan matlamatnya untuk mencapai keredaan Allah dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Allah lebih mengenali siapa orangnya sama ada ikhlas atau tidak, termasuk beriman dan budimannya, kerana orangnya boleh berubah dan hanyut," katanya dalam satu kenyataan.
 
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu turut berkata, politik Islam juga sangat mementingkan konsep keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum dan agama.
 
Justeru katanya, konsep tersebut itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya ia dipegang oleh orang Islam dengan kepimpinan yang beriman dan berilmu.
 
PAS sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa partinya itu akan terus menghadapi pilihan raya bersama Gagasan Sejahtera (GAGASAN) selepas tidak menyertai blok Pakatan Harapan (PH).
 
Menjelaskan elemen ketiga, Hadi berkata, dengan slogan 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' yang digunapakai GAGASAN ketika ini, ia mampu menjauhkan dan membebaskan parti pimpinannya itu daripada budaya politik fitnah yang berleluasa pada hari ini.
 
Malah menurutnya, dengan tidak lagi berada di bawah gabungan mana-mana parti dominan seperti Barisan Nasional (BN) dan PH, PAS kini berhak untuk menentukan jumlah kerusi yang ingin dipertandingkan bersama gagasannya.
 
"Memilih pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), mengeluarkan PAS daripada budaya politik fitnah, maki hamun dan bermusuhan yang sedang melanda semua pihak. Sedikit sebanyaknya mempengaruhi ahli PAS yang wajib dibebaskan daripadanya.
 
"Kini PAS bebas menentukan di mana dan berapa jumlah kerusi yang hendak dipertandingkan bersama gagasannya, tanpa terikat dan diarahkan oleh pihak lain," ujarnya.
 
Sementara itu, Hadi turut menegaskan PAS akan menolak mana-mana pihak yang secara terang menentang Islam namun akan terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang mahu memperjuangkan Islam bersama partinya itu.
 
Menurutnya, kerjasama bukan sahaja pada sebelum dan ketika pilihan raya, malah katanya kerjasama tersebut termasuklah selepas keputusan pilihan raya bagi terus memastikan masyarakat di negara ini dipimpin oleh orang Islam.
 
"Kerjasama bukan semestinya sebelum pilihan raya, sedang pilihan raya, termasuk juga selepas keputusan pilihan raya bagi menentukan Islam tetap memimpin masyarakat majmuk berdasarkan dan berkonsepkan Islam yang wajib dipertahankan oleh PAS," katanya lagi. 




Thus Article Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar

Itulah artikel Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/hadi-politik-islam-bukan-angkat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hadi: Politik Islam bukan angkat individu tetapi dasar"

Post a Comment