Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh

Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh
link : Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh

Baca juga


Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar memaklumkan hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara yang menerima kelulusan bangunan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
 
Menurut Noh, daripada jumlah itu, 73 merupakan pusat tahfiz yang berdaftar dengan majlis agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) manakala tujuh lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.
 
Jelas beliau, daripada 1,238 pusat tahfiz itu pula, sebanyak 252 telah dikenal pasti tidak mematuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.
 
Noh memberitahu, angka tersebut diperolehi hasil pemeriksaan jabatan itu terhadap semua pusat tahfiz di seluruh negara sama ada berdaftar dengan majlis agama, Jakim atau tidak berdaftar dari 26 September hingga 17 Oktober lalu.
 
“Daripada jumlah itu, 169 pusat tahfiz adalah berdaftar dengan majlis agama atau Jakim manakala 83 lagi tidak berdaftar dengan mana-mana pihak.
 
“Berikutan itu, sebanyak 367 notis bahaya kebakaran telah dikeluarkan kepada 83 pusat tahfiz. Tempoh antara 90 ke 180 hari telah diberikan kepada pusat tahfiz terlibat untuk mematuhi piawaian ditetapkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian, di Dewan Rakyat hari ini. 
 
Hee sebelum itu bertanya kepada Noh mengenai usaha kerajaan memastikan keselamatan bangunan pusat tahfiz selepas insiden kebakaran di ibu negara baru-baru ini. 
 
Dalam kebakaran pada 14 September lalu, seramai 23 pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, maut selepas terperangkap di tingkap tiga bangunan itu, yang berpunca daripada perbuatan khianat sekumpulan remaja.
 
 


Thus Article Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh

Itulah artikel Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/hanya-80-daripada-1238-pusat-tahfiz.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanya 80 daripada 1,238 pusat tahfiz dapat kelulusan bomba - Noh"

Post a Comment