Tajuk : Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar
link : Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar
Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: Kejayaan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 minggu lalu bukan kayu ukur PAS boleh mencapai kemenangan selesa bersama Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Malah Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menganggap penganjuran himpunan itu tidak memberi kelebihan apa-apa kepada blok ketiga itu melainkan hanya tertumpu kepada populariti PAS.
"Di Terengganu itu saya tidak melihat ia gelombang yang dikatakan Gagasan Sejahtera tetapi lebih kepada program PAS bukan program Gagasan Sejahtera. Ia adalah program tahunan PAS dan program semasa parti PAS.
"Saya tidak pernah terpukau dengan kehadiran himpunan ramai sebab daripada dulu himpunan PAS memang ramai tetapi jumlah undi yang diperolehi PAS tidak mencukupi untuk menang dengan jumlah kerusi yang lebih besar.
"Sebab itu saya tidak nampak ada satu gelombang sebenar melainkan gelombang itu tidak pergi jauh kepada gelombang rakyat menyokong PAS atau mendokong Gagasan Sejahtera," katanya," katanya kepada Antarapos.
Malah beliau turut menyifatkan jumlah kehadiran yang besar dalam Himpunan Fastaqim 2.0 tidak menjanjikan kemenangan.
"Daripada dulu saya berpegang bahawa himpunan ramai ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada penentu kepada proses undi yang akan kita perolehi.
"Jadi bagi saya perhimpunan ramai itu satu proses menentukan kekuatan sahaja tetapi hakikat serta realiti dalam pilihan raya ia berbeza," katanya.
Awal minggu ini Ketua Penerangan PAS Pusat Nasruddin Hassan berkata kejayaan penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 yang mencapai sasaran 200,000 peserta membuktikan bahawa PAS bersama parti politik lain yang membentuk Gagasan Sejahtera kian kukuh mendepani PRU14 akan datang.
Beliau berkata penganjuran himpunan itu jelas memperlihatkan penglibatan pelbagai pihak yang bersama-sama mendukung perjuangan PAS untuk membina sebuah negara yang sejahtera bersama Islam.
Gagasan Sejahtera adalah gagasan baru yang lebih bersifat setiakawan membabitkan -parti politik, NGO dan tokoh pelbagai kaum serta masyarakat majmuk, dengan menonjolkan Islam sebagai penyelesai masalah menerusi pendekatan politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan Sejahtera yang ditubuhkan pada Ogos 2016 diperkemaskan dengan penyertaan beberapa tokoh nasional yang dijangka akan bertanding mewakili blok ketiga itu pada PRU14.
Thus Article Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar
Itulah artikel Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/himpunan-fastaqim-20-tiada-guna-jika.html
0 Response to "Himpunan Fastaqim 2.0 tiada guna jika PAS gagal peroleh undi PRU14 - Mahfuz Omar"
Post a Comment