Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?

Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?
link : Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?

Baca juga


Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?

Ambiga sumber maklumat Sarawak Report, menurut laporan
TMI · Diterbitkan pada 30 Oct 2017 6:43PM ·
Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di Perhimpunan Bersih London. Dalam laporan hari ini, beliau menamakan Pengerusi Bersih Ambiga Sreenevasan sebagai sumber yang memberitahunya mengenai wang sogokan kepada PAS, selain hal-hal lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Oktober, 2017

EDITOR Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pemberi sumber berhubung dakwaan pemimpin utama PAS menerima wang dari Perdana Menteri Najib Razak, lapor Malaysiakini hari ini.

Menurut laporan itu, Rewcastle-Brown berkata beliau telah bercakap mengenai Najib, 1MDB, dan PAS dengan Pengerusi Bersih itu pada Julai 2016.

"Ambiga beritahu kepada defendan bahawa sumbernya itu boleh dipercayai. Beliau juga menjangka jumlah yang telah dibayar sekitar RM90 juta," kata Rewcastle-Brown dalam dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu terhadap Rewcastle-Brown pada April lalu.

Hadi mendakwa beliau difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk "As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections" bertarikh 6 Ogos, 2016.

Rencana itu mendakwa wang itu bertujuan untuk menyogok PAS untuk menyebelahi Barisan Nasional.

Rewcastle-Brown berkata sebahagian perbualannya dengan Ambiga itu bertujuan baik, juga sebagai komentar politik yang berkaitan kepentingan awam.

Tambahnya, kenyataannya itu bukan bersifat peribadi dan tidak ditujukan kepada Hadi mahupun sesiapa.

Saman itu juga turut menuduh Najib menyaurkan lebih RM200 juta kepada bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa sejak 2014 untuk mendanai sekumpulan dalam PAS.

Rewcastle-Brown berkata, bekas pemimpin itu dan pemimpin tinggi PAS lain telah membeli kereta baru, hartanah atau menambah isteri. Beliau turut menunjukkan senarai panjang jenis kenderaan yang dibeli oleh mereka. – 30 Oktober, 2017.


Thus Article Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?

Itulah artikel Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/individu-ini-pemberi-maklumat-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Individu ini pemberi maklumat kepada Sarawak Report?"

Post a Comment