ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR

ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR
link : ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR

Baca juga


ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR


Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan telah menerima notis supaya mengosongkan Wisma Tok Guru di Salor yang menjadi pejabat naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

 Difahamkan, notis tersebut dikeluarkan melalui nama pemilik asal tanah yang menempatkan bangunan itu.

 Selain menempatkan pejabat Husam Wisma Tok Guru yang terletak di Jalan Pendek, Salor itu juga menjadi markas AMANAH Kelantan hasil usaha Husam.

Menurut sumber, bangunan dua tingkat itu didirikan di atas tanah milik balu kepada bekas ADUN Salor, Allahyarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim. Baca seterusnya di sini

Seorang sahabat fesbuker, Muhammad Radzi Ismail telah memberikan sedikit pencerahan mengenai kemelut isu tanah tersebut sebagaimana beikut :

 Sahabat saya, Zuhaimi Ismail minta penjelasan "acu cerita sikit pasal bangune Amanah duduk tu". 

Saya: Mi, kawe akan cerita slpas Dato Husam Musa (DH) secara rasmi menjawab sendiri dahulu walaupun kawe tahu urutan cerita. Itu pesan dato. 

Malam ni dato telah menjawab dlm dialog dia di Taman Tg Chat, KB. 

LATARBELAKANG 

1. YB Nasurudin Meranti kata; isteri Dato Li (DL) telah serah balik bangunan itu kpd Pas. Kenyataan ini adalah pembohongan dr seorg exco agama. Sekali lg... pembohong. 

2. Apa yg berlaku ialah, ADO Pej Tanah telah diarahkan oleh seorang Exco bersama dgn 4 lagi yg lain telah pergi ke rumah isteri arwah DL di Kg Kukang, Perol pd 18/9/2017 dgn membawa Borang 14A untuk ditandatangani dlm proses jual beli. 

3. Secara mudah, tanah tersebut telah dibeli oleh Pas dgn harga RM700,000 secara tunai dan penamanya ialah Mohd Yasin bin Yusoff, SU Kerja Pas Kelantan melalui Penyelia Dun Salor, cikgu Ibrahim Isa. 

4. YB Meranti menyatakan bhwa Amanah diberi notis 30 hari utk mengosongkan bangunan itu. Sebenarnya tidak segampang itu. Banyak proses undang2 terlibat dan tindakan fail di mahkamah akan dimulakan hanya selepas notis itu diterima. Sehingga kini, belum. 

5. Baik, tanah tersebut adalah kepunyaan DL dan penamanya ialah isteri beliau. Sebelum DL meninggal, satu surat perjanjian/ kebenaran menduduki tanah tersebut telah dibuat di antara isteri beliau dan DH. Terma penting ialah "boleh menduduki sampai bila-bila" 

6. Dalam masa yg sama, setelah kematian DL, tanah tersebut juga di dalam proses pembahagian pusaka antara isteri DL dan waris2 DL memandangkan DL tidak mempunyai anak.  

PROSES UNDANG2 SYARIAH 

1. Tanah tersebut masih lagi dlm pengurusan mahkamah syariah berkaitan pembahagian pusaka dan ia akan disebut pd 23 Okt 2017 (jk tidak silap saya). Di sini terlihat gelojohnya Pas utk mengusir Amanah dr mengguna pakai bangunan tersebut. Proses ini memakan sedikit masa. 

2. Andainya, ini hanya andaian. Jika keputusan para 1 memihak kpd isteri DL di mana tanah tersebut menjadi miliknya seorang maka waris2 DL masih lg boleh menfailkan satu lagi kes iaitu menuntut harta sepencarian. 

3. Bermaksud mereka boleh menuntut bahagian mereka dari nilai jualan tanah iaitu RM700,000. Proses ini memakan masa lebih panjang. 

PERINGKAT MAHKAMAH SIVIL 

1. Stake holder pertama tanah tersebut ialah isteri DL. Stake holder kedua ialah DH melalui surat perjanjian yg telah dibuat. Stake holder ketiga ialah En Yasin sbg proksi kpd Pas. Dan stake holder keempat ialah waris2 DL. Ini situasi sekarang. 

2. Stake holder ketiga TIDAK BOLEH sewenang itu mengarahkan pihak yg menggunakan bangunan di tanah tersebut utk keluar dlm tempoh apa pun. Ia adalah keputusan mahkamah. Sehingga mahkamah memutuskan apa2 keputusan, ia menjadi hak pihak stake holder kedua (DH/ Amanah) untuk terus menduduki bangunan itu. Ini kerana perjanjian itu dibuat terlebih dahulu berbanding urusan jual beli. Ini undang-undang. 

3. Selama mana keputusan mahkamah belum diperolehi maka selama itulah Amanah akan menduduki bangunan dan tanah tersebut. 

BAHANA YG MENANTI PIHAK TERLIBAT 

1. ADO: Beliau dan pegawai Pej Tanah (mereka adalah penjawat awam) yg telah pergi ke rumah isteri DL utk mendapatkan tandatangan beliau ternyata tidak memikirkan risiko apabila berbuat demikian. Dato SUK perlu menjawab dan mengeluarkan kenyataan di atas perbuatan mereka ini. 

2. Mohd Yasin bin Yusoff: Beliau dgn gaji bulanan sekitar RM3,000 sebulan. Persoalan ... bagaimana beliau boleh membeli tanah tersebut secara tunai sebanyak RM700,000. Dari mana wang tersebut diperolehi? Khabarnya pihak LHDN telah menghubungi beliau. Saya: Pihak SPRM tidak berminatkah? 

3. Exco X: Exco X ini telah mengarahkan ADO untuk membawa Borang 14a bagi ditandatangani oleh isteri DL dan juga menjadi saksi bagi proses jual beli tanah itu. Di antara ketiga2 pihak terlibat di dalam konspirasi ini, saya melihat Exco X akan lebih terkesan dr segi moral. Kedua, Exco X dilihat terlalu bodoh dlm melunaskan misi balas dendamnya kepada DH dan Amanah. 

4. Nama Exco X ni saya KIV dulu. 

5. Itu saja Mi Zuhaimi Ismail.


Thus Article ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR

Itulah artikel ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/isu-tanah-bangunan-yg-diduduki-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "ISU TANAH & BANGUNAN YG DIDUDUKI AMANAH DI SALOR"

Post a Comment