Kenyataan orang tidak berakal

Kenyataan orang tidak berakal - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kenyataan orang tidak berakal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kenyataan orang tidak berakal
link : Kenyataan orang tidak berakal

Baca juga


Kenyataan orang tidak berakal

Kenyataan Nik Abduh tak berakal, kata Amanah
Yasmin Ramlan  -  Diterbitkan pada 3 Oct 2017 2:08PM
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan sahaja tidak berakal malahan sering mengkafirkan parti lain. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2017.

KENYATAAN Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terhadap Parti Amanah Negara (Amanah) di status Facebook bertajuk "PAN yang malang" disifatkan oleh Amanah sebagai kenyataan orang tidak berakal.

Timbalan Presiden parti itu Salahuddin Ayub berkata, kenyataan ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan sahaja tidak berakal malahan sering mengkafirkan parti lain.

Dalam status Nik Abduh yang dimuat naik semalam, parti pecahan PAS itu didakwa mahu menghancurkan parti Islam itu sebelum melangkah ke Putrajaya.

"Kenyataan orang tak berakal.

"Tak sudah-sudah sucikan parti sendiri dan mengkafirkan parti lain," kata Salahuddin kepada pemberita di ibu pejabat Amanah di Kuala Lumpur apabila diminta mengulas mengenai status Nik Abduh itu.

Nik Abduh dalam kenyataannya semalam turut mendakwa ajaran DAP menyebabkan Amanah bertindak sedemikian.

"Ajaran mabuk DAP itu telah menikam-nikam saraf, otot dan urat-urat halus otak mereka.

“Mereka kekejangan melihat Pas yang 'cool' berhadapan 'The Apocalypse' ciptaan DAP itu. Mereka memberontak terhadap PAS dan seni dakwahnya," katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Nik Abduh turut menyelar Amanah yang didakwa mempunyai tujuan untuk menghancurkan parti Islam itu.

"Mereka menunggu dan terus menunggu. Itu pungguk merindukan bulan namanya.. 'Last-last', bulan pun serabut tengok muka mereka. Pergi meninggallah..," katanya di Facebook. – 3 Oktober, 2017.


Thus Article Kenyataan orang tidak berakal

Itulah artikel Kenyataan orang tidak berakal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kenyataan orang tidak berakal dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/kenyataan-orang-tidak-berakal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenyataan orang tidak berakal"

Post a Comment