Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR

Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR
link : Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR

Baca juga


Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan hampir RM6 bilion bagi membangunankan 120 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan 83,759 unit rumah telah disiapkan.
 
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara (JPN), Jayaselan K. Navaratnam, sebanyak 41 projek PPR dengan 15,327 unit pula sedang dalam proses pembinaan manakala 23 projek dengan 10,066 unit masih dalam perancangan.
 
Sabah menjadi negeri yang dibina paling banyak PPR iaitu 26,199 unit, katanya dipetik Bernama.
 
Beliau berkata pembinaan PPR bergantung kepada beberapa faktor antaranya jumlah permintaan yang tinggi oleh penduduk di sesebuah kawasan selain permohonan daripada kerajaan negeri untuk membina kediaman kos rendah.
 
“Projek yang melibatkan kategori PPR Disewa dan PPR Dimiliki disasarkan kepada penghuni setinggan dan golongan berpendapatan rendah yang pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi RM3,000 sebulan.
 
“Projek PPR Disewa disewakan dengan hanya RM124 sebulan manakala bagi PPR Dimiliki, kosnya ialah RM35,000 seunit di Semenanjung dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak,” katanya.
 
Mengenai permintaan terhadap PPR, Jayaselan berkata sambutannya amat menggalakkan kerana rumahnya disewa dan dijual dengan kadar cukup rendah berbanding kadar pasaran jenis perumahan lain yang boleh mencecah antara RM150,000 sehingga RM180,000 seunit.
 
“Subsidi kerajaan kepada PPR yang kadang kala mencecah lebih daripada 200 peratus merupakan inisiatif murni kerajaan dalam membantu golongan miskin untuk memiliki rumah idaman mereka sendiri,” katanya.
 
PPR diselia oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui JPN, yang terdiri daripada rumah bertingkat bagi kawasan bandar dan rumah teres untuk di pinggir bandar.
 
Unitnya memiliki tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan dua bilik air selain kawasan perumahannya mempunyai kemudahan asas seperti dewan komuniti, surau, tadika, taman permainan dan gerai makan.



Thus Article Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR

Itulah artikel Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/kerajaan-belanja-rm6-bilion-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan belanja RM6 bilion untuk bangunkan 120 PPR"

Post a Comment