Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas

Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas
link : Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas

Baca juga


Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas

 
Sebuah task force menyiasat gangguan seksual di kalangan atlet juga ditubuhkan.


khairy-jamaluddin_rogol_600


PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan seorang jurulatih yang terbabit dalam siasatan polis mengenai tuduhan merogol seorang atlet terun digantung tugas.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada polis, di samping menjalankan siasatan dalaman melibatkan Majlis Sukan Negara, Persatuan Renang Amatur Malaysia dan Majlis Olimpik Malaysia.

Khairy berkata pihaknya akan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk siasatan itu.

“Saya menyatakan perasaan sedih dan kesal atas kejadian ini dan saya amat berharap siasatan yang adil dapat dilaksanakan, dan juga saya meminta semua pihak menghormati privasi mangsa dan juga semua atlet-atlet terjun negara,” katanya.

Semalam, polis Kuala Lumpur mengumumkan seorang jurulatih pasukan renang kebangsaan berusia 35 tahun ditahan di Sri Petaling selepas ibu bapa mangsa membuat aduan anak mereka, seorang atlet, dirogol.

Difahamkan suspek merupakan warga China dan seorang bekas atlet Olimpik.

Khairy berkata susulan pendedahan itu, sebuah pasukan khas untuk mengkaji isu gangguan seksual melibatkan atlet juga akan ditubuhkan kementeriannya.

Menurutnya, ia sebagai langkah jangka panjang pasukan itu, dan akan diketuai bekas ketua kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2017, Datuk Marina Chin.

“Beliau akan mengkaji semua aspek isu tersebut dan tindakan jangkamasa pendek dan panjang termasuk garis panduan dalam menangani aduan, dasar pemberi maklumat (whistle blower policy), kebajikan atlet dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan isu ini. Jawatankuasa ini akan mengemukakan laporan dan syor-syor terus kepada saya,” kata Khairy.



Thus Article Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas

Itulah artikel Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/khairy-kesal-siasatan-rogol-jurulatih.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Khairy kesal siasatan rogol, jurulatih digantung tugas"

Post a Comment