Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS

Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS
link : Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS

Baca juga


Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS

Oleh Nur Atiqah Samad
Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Amanah memberi amaran kepada rakan komponen dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak mensabotaj sesama sendiri dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang harus diadakan sebelum Ogos depan.
 
Dalam memberikan peringatan itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu juga menggesa ahli partinya untuk tidak taksub dengan politik PAS, sebuah parti yang beliau sifatkan sebagai “dangkal” dan “angkuh.”
 
Bekas timbalan presiden PAS itu yang juga dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan kesemua rakan komponen hendaklah menggembeling tenaga dan memberi fokus untuk menawan Putrajaya.
 
Beliau menegaskan PH tidak boleh mengulangi kesilapan gandingan pembangkang sebelum ini – Pakatan Rakyat – yang menurutnya, terkubur kerana pengkhianatan PAS.
 
"Gabungan Pakatan Harapan kali ini mesti bebas daripada unusr-unsur khianat dan ketidak-jujuran seperti mana yang pernah menghantui Pakatan Rakyat. 
 
"Masalah-masalah lama yang kita lihat pernah berlaku dalam Pakatan Rakyat, kebanyakannya angkara PAS. Adalah perkara bahan sejarah untuk kita insafi dan tidak kita ulangi. Seperti pernah dilakukan PAS di Machang, Ketereh, dan Tanah Merah,” kata Mat Sabu ketika merasmikan Kongres Kebangsaaan Amanah di sini.  
 
Beliau berkata Amanah harus memainkan peranan memastikan tidak ada pertindihan kerusi oleh PH dalam meletakkan calon menentang BN dan parti lain.
 
"Jangan ada walaupun satu kerusi yang ditandingi bersama oleh anggota Pakatan Harapan. Jangan ada juga di mana-mana kerusi ahli parti anggota Pakatan Harapan tidak menyokong dan mengundi calon Pakatan Harapan," katanya.
 
PH sehingga kini masih belum menyelesaikan pembahagian kerusi secara keseluruhan meskipun PRU14 diuar-uarkan boleh diadakan penghujung tahun ini atau suku pertama 2018.
 
Setakat Ogos lalu, PH dilaporkan baru memuktamadkan lebih kurang 100 kerusi Parlimen dan kini memasuki fasa kedua pembahagian kerusi di peringkat DUN.
 
Pembahagian kerusi PH mengundang kemelut tersendiri apabila PKR dan DAP berkemungkinan terpaksa memberi kerusi mereka kepada iaitu Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
 
Dua parti itu akan bersaing dalam PRU buat kali pertama.  Semua kerusi Parlimen dan DUN Amanah dimenangi atas tiket PAS pada pilihan raya umum yang lalu.
 
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa  tidak ada mana-mana parti yang mampu menjatuhkan BN secara sendirian sama ada PKR, DAP, PPBM dan Amanah, apatah lagi PAS.
 
Sehubungan itu katanya, ahli Amanah tidak perlu lagi mengharapkan PAS untuk membantu menumbangkang BN.
 
“Biar kita tinggalkan cara pemikiran dangkal dan angkuh PAS, jauh di luar pintu masuk PH.
 
“Setiap parti ada ‘niche market’nya atau segmen pasaran yang dikuasainya yang tertentu dan penyatuan segmen pasaran ini dalam satu Pakatan adalah satu-satunya cara untuk mengalahkan BN. 
 
"Ini keyakinan Amanah dan ini antara sebabnya kami keluar PAS dan tubuhkan Amanah,” kata Mat Sabu.
 
 


Thus Article Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS

Itulah artikel Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/mat-sabu-parti-komponen-ph-jangan-tiru.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mat Sabu: Parti komponen PH jangan 'tiru' pengkhianatan PAS"

Post a Comment