MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB

MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB
link : MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB

Baca juga


MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB



MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB


Kerajaan Negeri mengambil maklum berhubung tindakan penguatkuasaan oleh Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) terhadap tiga buah rumah dan dua buah kedai berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang yang dirobohkan semalam.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam kenyataannya semalam berkata, beliau telah mengadakan perbincangan segera dengan Nazmi Bin Osman, Pengurus Besar Perumahan & Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) berhubung insiden tersebut.

“Hasil daripada perbincangan tersebut, PHSSB telah bersetuju untuk membuat penawaran unit-unit kediaman di PPR Seksyen 8 Kota Damansara kepada dua buah keluarga yang terlibat.

“Saya juga telah meminta Pegawai Daerah Petaling untuk bekerjasama dengan PHSSB bagi menguruskan perpindahan kedua-dua keluarga ini ke kediaman yang ditawarkan dengan segera,” ujarnya.

Bagi tujuan itu, Azmin berkata, Kerajaan Negeri bersetuju untuk membiayai kos sewa unit-unit kediaman tersebut bagi tempoh enam bulan sebelum unit-unit ini ditawarkan kepada dua keluarga berkenaan.

Ini selaras dengan dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat dan tuntas membela kebajikan rakyat.
Kerajaan Negeri berharap kedua-dua keluarga yang terlibat mendapat kediaman yang selesa dan kondusif untuk kehidupan yang lebih sempurna.

Semalam Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) A Sivarajan dilaporkan mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal memberi maklum balas berhubung desakannya sebelum ini supaya campur tangan dalam isu perobohan kediaman di Subang itu.

Dalam kejadian semalam Sivarajan dan lapan lagi ahli PSM ditahan kerana menghalang operasi perobohan di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh yang dikatakan milik Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) itu



Thus Article MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB

Itulah artikel MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/mb-selangor-tawar-rumah-ppr-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MB Selangor tawar rumah PPR kepada keluarga terlibat perobohan MAHB"

Post a Comment