Tajuk : MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson
link : MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson
MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson
THE MALAYSIAN TIMES
PORT DICKSON : MIC Teluk Kemang menyasarkan untuk menang kerusi Parlimen Teluk Kemang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14), kata Ketua Bahagiannya Datuk R. Balakrishnan.
Beliau berkata MIC yakin dapat merampas semula kerusi berkenaan berikutan respon rakyat yang diterima dalam siri gerak kerja pihaknya ketika ini.
“Kita bekerja setiap hari…kita akan terus bekerja keras untuk memperoleh kemenangan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Deepavali MIC Teluk Kemang di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Balakrishnan berkata pihaknya juga akan membantu Barisan Nasional (BN) di DUN Chuah yang disandang MCA.
Pada PRU13 yang lepas, Datuk V.S. Mogan (MIC) tewas kepada Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR) dengan majoriti 1,579 undi dalam perebutan kerusi Parlimen Teluk Kemang.
Bagi kerusi DUN Port Dickson, P. Tanaletchumy (MIC) tewas kepada M.Ravi (PKR) dengan majoriti 2,422 undi.
Sementara itu, Mohamad meminta masyarakat India di Negeri Sembilan menyokong BN yang tidak pernah berhenti bekerja demi membela nasib rakyat.
“Di Teluk Kemang sudah dua penggal kita kalah dengan pembangkang. Tuan puan ada jumpa ahli Parlimen selepas PRU lepas? Bukan sahaja India marah, Melayu juga marah… kenapa tuan puan terus menerus mempercayai mereka, bila sudah menang muka pun tidak nampak.
“Sedangkan kita (BN) yang kalah, kita tetap berusaha dan jalankan tanggungjawab serta terus membantu tuan puan sekalian,” katanya.
Mohamad turut meminta agar rakyat boleh berfikir dengan lebih baik untuk membuat pilihan.
Pada majlis itu, seramai 350 orang menerima sumbangan Deepavali berbentuk hamper dan wang tunai. — BERNAMA

Thus Article MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson
Itulah artikel MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/mic-sasar-mahu-rampas-kembali-parlimen.html
0 Response to "MIC sasar mahu rampas kembali Parlimen Teluk Kemang, DUN Port Dickson"
Post a Comment