PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi

PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi
link : PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi

Baca juga


PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi

OLEH ERMIZI MUHAMAD




SHAH ALAM: Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (PADI Rescue) menggesa Kerajaan Persekutuan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Koordinator PADI Rescue, Nur Fitri Amir berkata, penubuhannya bagi memastikan hak pengusaha tani terjamin dengan beberapa aspek pembaikan.

Beliau berkata, penambahbaikan itu termasuk LPN mempunyai kuasa penuh, pada setiap peringkat bermula dari pemilihan benih padi sehingga ke pemasaran beras, lapor BH Online.

“Hanya badan yang bebas dari kepentingan komersial atau keuntungan sahaja layak menjaga industri padi dan beras negara, bukan syarikat persendirian seperti BERNAS (Syarikat Padi dan Beras Nasional Berhad) yang ditadbir berdasarkan kepentingan komersialnya.

“Tidak dinafikan BERNAS berjaya dalam memastikan kelangsungan syarikat dengan mengaut keuntungan berjuta ringgit, namun syarikat terbabit gagal menjalankan tanggungjawab sosialnya untuk terus memperkasakan kilang beras milik Bumiputera.

“Kini, hanya 20 kilang Bumiputera yang menyertai skim di bawah BERNAS berbanding lebih 200 kilang sebelum ini. Kami hairan mengapa jumlah kilang berkenaan boleh merosot sedangkan keperluan beras di negara ini tidak pernah berkurang,” katanya.

Terdahulu, gabungan itu hadir menyerahkan memorandum 14 tuntutan di Bangunan Perdana Putra bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid dan Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia, Musonnef Md Radzi.

Antara 14 tuntutan itu termasuk kawalan tetap dikenakan terhadap kemasukan beras import sama ada secara sah atau tidak.

Selain itu, keperluan supaya kerajaan dapat memberi hak pemborong dan peruncit beras kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Malah, kajian semula penstruktruan kaedah pemberian subsidi harga padi perlu dijalankan bagi semua hasil sama ada dijual terus, digunakan sendiri untuk benih atau dikisar menjadi beras.



Thus Article PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi

Itulah artikel PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/padi-rescue-gesa-putrajaya-tubuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PADI Rescue gesa Putrajaya tubuh Lembaga Padi"

Post a Comment