Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali

Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali
link : Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali

Baca juga


Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Amanah tidak boleh menggunakan alasan usia parti itu masih 'hijau' ekoran prestasi hambarnya biarpun sudah menginjak usia dua tahun sejak ditubuhkan pada September 2015.
 
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee berkata, walaupun Amanah sebuah parti baru, namun barisan pemimpin mereka adalah 'orang lama' dan 'bukan calang-calang'.
 
"Walaupun Amanah parti baru, PPBM parti baru tapi (pemimpin mereka) orang lama yang ada pengalaman yang masuk ke dalam parti tersebut. Jadi mereka tak boleh kata 'tak boleh bandingkan' (dengan PAS) kerana yang masuk (Amanah) orang lama-lama.
 
"Mat Sabu ada, Salahuddin Ayob, Khalid Samad jadi mereka ni semua pemimpin-pemimpin berpengalaman. Jadi kenalah buktikan. Kenapa pula tak boleh nak bandingkan mereka. Mereka bukan orang baru, mereka orang lama dalam politik.
 
"Parti saja baru (tapi pemimpin) semua orang lama," katanya kepada Antarapos dalam satu temubual baru-baru ini.
 
Amanah dibarisi bekas pemimpin PAS yang pernah menjawat jawatan tinggi dalam parti itu, antaranya bekas Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayob, bekas AJK PAS Pusat, Khalid Samad dan beberapa individu lagi.
 
Dengan pencapaian yang pernah dilakar dalam PAS, pemimpin tertinggi Amanah sepatutnya mampu untuk membawa parti itu ke tahap yang boleh dibanggakan sekaligus memberi saingan sengit kepada parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Namun sehingga kini Amanah gagal meyakinkan rakan komponen mereka iaitu PKR dan DAP bahawa prestasi mereka setara dengan PAS. 
 
Sementara itu menjawab hal berkenaan, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayob mempertahankan bahawa parti itu berjaya mengumpul sekitar 80,000 orang ahli dengan lebih 60 cawangan seluruh Malaysia dalam masa dua tahun.
 
"Perbandingan itu satu cabaran yang positif tetapi perlu diingat umur kami baru dua tahun, PAS telah lebih daripada 60 tahun. 
 
"Oleh itu kejayaan kami pada hari ini mengadakan konvensyen dengan perwakilan hampir 800 orang, saya kira itu satu pencapaian yang amat pantas dan prestasi kita agak laju dalam tempoh dua tahun," ujar Sallahuddin.
 
Malah beliau meminta rakyat memberi peluang kepada Amanah untuk membuktikan bahawa parti itu mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan parti-parti yang lain.
 
"Cuba bayangkan Amanah 10 tahun akan datang, bagaimana prestasi kita jika dibandingkan dengan kejayaan adakan konvensyen kali kedua," katanya.  




Thus Article Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali

Itulah artikel Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/parti-memang-baru-tapi-pemimpin-amanah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Parti memang baru tapi pemimpin Amanah orang lama, kata Syed Ali"

Post a Comment