PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985
link : PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

Baca juga


PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS Kelantan mempertahankan tindakannya mendenda seorang lelaki kerana berseluar pendek ketika bermain futsal, dengan berkata undang-undang mengenai larangan itu sudah wujud sejak 1985.
 
Menurut Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) Che Mohd Rahim Jusoh kemudiannya berkata perkata itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia berkaitan dengan cara menutup aurat.
 
Beliau merujuk Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985, umat Islam yang berpakaian tidak menutup aurat boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara enam bulan.
 
“Undang-undang itu sudah termaktub sejak 1985, yang bertujuan mendidik umat Islam me­makai pakaian sopan dan juga menanam kesedaran kepada remaja berhubung dengan pakaian menutup aurat," katanya memetik laporan Utusan Malaysia hari ini.
 
Undang-undang itu juga terpakai ketika Umno memerintah negeri itu, sebelum PAS mengambilalih pentabiran negeri pada 1990.
 
Merujuk enakmen itu, mana-mana individu yang memakai seluar pendek paras atas lutut dan perempuan yang berseluar serta berbaju ketat, berlengan pendek, tidak bertudung, adalah kesalahan dalam adab berpakaian.
 
“Saya meminta semua pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai isu besar atau mencipta konflik antara orang Islam dengan bukan Islam di negeri ini,” katanya.
 
Untuk rekod pada 25 September lalu, seorang lelaki Islam didenda sebanyak RM1,000 oleh pihak berkuasa agama kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.
 
Lelaki itu diberi notis untuk menghadiri kaunseling, dan jika dia gagal berbuat demikian, lelaki itu boleh dihadapkan ke mahkamah syariah, selain didenda jika dapati bersalah.
 
Dalam pada itu Che Mohd Rahim menambah pemantauan akan dilakukan secara kerap agar kesemua pihak dapat mengikuti undang-undang berkenaan.
 
“Peraturan tersebut bukan untuk menghukum, sebaliknya ingin memberi kesedaran supaya mereka lebih bersopan dalam adab berpakaian.
 
“Setakat ini, dua orang telah dikenakan denda berhubung kesalahan tersebut,” katanya.
 
Sementara itu Che Mohd Rahim berkata tindakan sama boleh diambil terhadap pemain bola sepak yang memakai seluar atas paras lutut.
 
Namun memaklumkan tiada sebarang tindakan diambil lagi terhadap mereka.
 
 


Thus Article PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985

Itulah artikel PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/pas-ktan-pertahan-tindakan-undang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS K'tan pertahan tindakan, undang-undang larang buka aurat wujud sejak 1985"

Post a Comment