Tajuk : Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas
link : Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas
Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas
THE MALAYSIAN TIMES
KEPALA BATAS : Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas oleh DAP bagi mengendalikan proses pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.
Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata DAP telah melantik Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkalan di Amerika Syarikat, untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu yang dijangka pada 12 Nov ini.
“Kita telah jawab kepada pihak DAP yang kita bersetuju atas pelantikan badan bebas tersebut dan terpulang kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian geran kepada persatuan penduduk di Pulau Pinang oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di Dewan Millenium, di sini hari ini.
Sebelum ini DAP difahamkan telah melantik firma audit bebas PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu.
Bagaimanapun, pelantikan firma audit itu sebagai pemerhati bebas dibantah oleh anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula berkenaan kerana mendakwa firma audit tersebut dipilih sendiri oleh pimpinan DAP yang tidak sah dan boleh menimbulkan elemen curiga terhadap pemilihan semula terbabit.
Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa dilaporkan berkata parti itu dalam proses menyiapkan dokumentasi dan satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan dalam masa terdekat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.
Pada 17 Julai lalu DAP menerima surat daripada RoS yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.
Arahan itu dikeluarkan berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Razin berkata sehingga September lalu, sebanyak 2,357 persatuan di Pulau Pinang telah dibatalkan pendaftarannya kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan undang-undang pertubuhan.
Beliau berkata mengikut rekod jabatan, terdapat 4,870 pertubuhan yang masih aktif di negeri ini. — BERNAMA

Thus Article Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas
Itulah artikel Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/pemilihan-semula-pada-12-nov-ros-setuju.html
0 Response to "Pemilihan semula pada 12 Nov , RoS setuju DAP lantik firma audit bebas"
Post a Comment