PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI
link : PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

Baca juga


PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 


 1. Pentaksub Pas memang perasan diri mereka suci, paling bertaqwa, berhati paling bersih, paling dekat dengan Tuhan, tidak banyak dosa, paling diredai Tuhan dan bakal masuk syurga secara pasti. 

2. Pendek kata, orang lain yg tidak seperti mereka berhati kotor, jauh drpd Tuhan, tidak bertaqwa, tak dapat reda Tuhan, paling banyak dosa dan bakal terazab di akhirat. 

3. Apa buktinya? Cuba baca posting dan komen mereka di FB. Boleh dianggap semuanya memperlekehkan orang lain, meragui keimanan orang lain, mempertikai keislaman orang lain dan menganggap orang lain kotor. 

4. Orang yg berbeza dgn mereka diminta bertaubat, tak ikut acara mereka berhati kotor, tak berpakaian seperti mereka dikira sekular, tidak setuju dgn mereka dikira sokong pesta arak, tidak sependapat dgn mereka dikira sokong kafir. 

5. Entah apa yg ditanam dlm kepala mereka oleh pemimpin mereka, sehingga sampai ke tahap itu gaya fikir mereka. Apabila dibaca ayat Quran, ayat yg seronok utk mereka. Ayat azab, kafir, munafik, laknat, semuanya utk orang lain. 

6. Jika mereka ditimpa musibah, itu ujian dan tanda kasih Tuhan utk mereka. Jika orang lain pula, itu bala dan azab Tuhan. Pendek kata, mereka suci bersih, orang lain semua kotor damuih. 

7. Saya menjangkakan selepas dua tahun lebih keluar Pas, pentaksub Pas semakin rasional dan boleh menerima hakikat bahawa Pas hanya parti politik, bukan agama. Berbeza parti dlm politik sama seperti berbeza mazhab dalam fiqh. 


8. Namun, jangkaan itu meleset. Setiap hari akan lahir pentaksub baru yg menyebarkan kebencian kerana berbeza parti. Setiap ketika akan muncul idea dan buah fikiran utk memarakkan faham takfiri. 

9. Contohnya, apabila MP Amanah bercakap dlm parlimen soal hak non muslim dlm isu arak, MP Amanah dilabel sokong pesta arak dan dikata, "Kamu nak jadi kafir ke, sokong kafir ke, nak masuk neraka ke?" 

10. Orang bercakap soal hak dan undang-undang, pentaksub Pas bercakap soal syurga neraka. Teruk betullah otak pentaksub Pas. Mentang-mentanglah dia pakai serban, dia ingat keislamannya sudah tip top. 

11. Orang pakai topi, tak pakai serban, dianggap keislamannya longgar dan tak sayang agama. Kalau yg berfikir begitu sekadar lepasan Pasti, bolehlah dimaafkan. Tapi apabila tengok profail...balik al-Azhar. 

12. Selagi Pas wujud, dan pentaksubnya perasan diri mereka suci, selama itulah faham takfiri di negara ini akan terus subur.


Thus Article PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI

Itulah artikel PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/perasan-suci-tunas-takfiri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PERASAN SUCI, TUNAS TAKFIRI"

Post a Comment