Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri
link : Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Baca juga


Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

 
Remaja terbabit maut akibat dihempap khemah selepas sebatang pokok kelapa sawit yang dikatakan berusia 20 tahun tumbang di majlis kenduri tahlil di Kampung Bukit Chawi di sini semalam.


pokok-tumbang


PARIT: Seorang remaja maut akibat dihempap khemah selepas sebatang pokok kelapa sawit yang dikatakan berusia 20 tahun tumbang di majlis kenduri tahlil di Kampung Bukit Chawi di sini semalam.

Dalam kejadian 2.25 petang itu, Muhamad Khairul Syamril Sauffi, 13, yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah dikatakan sedang mengambil makanan.

Dia dihantar ke Klinik Kesihatan Ulu Dedap dan disahkan meninggal dunia. Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Changkat Melintang.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata mangsa mengalami kecederaan parah di kepala.
 Adik mangsa Mohamad Shahril, 12, berkata dia bersama abangnya serta 2 lagi rakan mereka sedang menunggu giliran untuk mengambil makanan.

“Tiba-tiba ada pokok kelapa sawit tumbang mengenai khemah lalu menghempap kami, tetapi abang lebih teruk kerana kepalanya terkena pokok dan besi khemah sebelum dia jatuh seperti sedang bersujud.

“Saya hanya mengalami luka kecil, manakala dua lagi rakan kami cedera dan turut dirawat di hospital,” katanya.

Ibu mereka Hafizah Paed, 33, berkata anak sulung dari 6 beradik itu sebelum itu meminta izin untuk pergi ke majlis kenduri tersebut yang tidak jauh dari rumah mereka.

“Memang saya rasa berat hati untuk membenarkan dia pergi kerana ketika itu hari hujan selain tetamu lain sudah pulang. Namun dia nak pergi juga. Saya pesan pada dia supaya cepat pulang,” katanya.



Thus Article Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri

Itulah artikel Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/pokok-kelapa-sawit-tumbang-remaja-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pokok kelapa sawit tumbang, remaja maut dihempap khemah kenduri"

Post a Comment