Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan

Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan
link : Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan

Baca juga


Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan reman suspek yang menikam Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Sohaimi Shahadan selama enam hari bermula hari ini sehingga 2 November depan.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata mahkamah membenarkan tempoh reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat terhadap lelaki berusia 27 tahun berkenaan.
 
Katanya, siasatan forensik turut menemui senjata berupa pisau kecil yang dipercayai digunakan suspek berhampiran lokasi kejadian.
 
"Semakan mendapati, suspek pernah ditahan pada bulan April lalu mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan merosakkan harta benda dan dibebaskan selepas membayar denda.
 
"Suspek juga akan dirujuk ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kerana dia dikatakan mempunyai masalah mental," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.
 
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
 
Dalam kejadian kira-kira pada jam 8.30 malam semalam, Sohaimi, 48, cedera di bahagian kepala, belakang telinga kanan dan bahu kanan selepas ditikam anak jirannya yang disyaki mengalami masalah mental di hadapan rumah jirannya itu di Taman Desa Moccis, Sungai Buloh.
 
Kejadian dikatakan berlaku ketika Sohaimi ke rumah suspek untuk menegur perbuatan lelaki itu yang membaling batu dan mengenai adik iparnya.
 
Sementara itu, Pegawai Khas Sohaimi, Ameer Firdaus berkata, keadaan Sohaimi kini stabil dan ditempatkan di wad biasa sebuah hospital swasta di Damansara.
 
"Doktor sudah menjahit lukanya malam tadi (semalam). Beliau semakin pulih dan sudah boleh bersembang seperti biasa," katanya.
 
 


Thus Article Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan

Itulah artikel Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/polis-reman-suspek-tikam-sohaimi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis reman suspek tikam Sohaimi Shahadan"

Post a Comment