POLITIK BUDAK BUDAK

POLITIK BUDAK BUDAK - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk POLITIK BUDAK BUDAK, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : POLITIK BUDAK BUDAK
link : POLITIK BUDAK BUDAK

Baca juga


POLITIK BUDAK BUDAK

Oleh Sayuti Omar

Suasana di Wisma Tokguru malam tadi
Petang semalam segerombolan anak-anak muda parti Pas Kelantan telah "menyerang" kompleks Amanah yang terletak di Jalan Pendek Kota Bharu.

Tujuan mereka ialah untuk menaikkan bendera di sekitar bangunan berkenaan yang diistyharkan sebagai menjadi milik Pas. Tindakan itu sebagai simbolik mereka sudah berjaya merampas kubu Amanah.

Bangunan itu selama ini menjadi Pusat Khidmat Adun Pas kawasan Salor Husam Musa kemudian bertukar warna menjadi kompleks Amanah apabila Husam disingkir secara kejam daripada Pas.

Kehadiran anak-anak muda bersusuh biji jagung itu, bagai mana pun dilayan baik oleh para pemuda Amanah yang hadir mempertahankan bangunan itu yang mana bagi perkiraan mereka ia masih hak mutlak mereka. Gerombolan pemuda itu diketuai sendiri oleh ketua Pemuda Pas Kelantan, dan juga ikut sama dihadiri oleh Ketua Pemuda Pas Malaysia, anak Hadi Awang.

Hazamin dan rakan mempertahankan WTG.

Sementara pemuda Amanah dan skuad gigih juangnya diketuai oleh ketuanya Hazamin Hassan.

Pencerobohan gerombolan Pas itu dibuat saat Amanah sedang berkonvensyen di Kedah. Tindakan mereka semalam sebagai mencuri peluang kerana mengira pemuda Amanah tiada kerana berkonvensyen di Kedah.

Namun perkiraan mereka silap apabila sebaik sahaja rancangan untuk menaik bendera itu ditular dalam media sosial, anak-anak muda Amanah yang berada di Kedah segera pulang dan mereka berhimpun di perkarangan Wisma Tokguru menanti kedatangan gerombolan Pemuda Pas dengan menyediakan tea dan biskut. Mereka bersangka baik.

Tiada perbalahan. Pemuda Amanah hanya mempertahankan peremis berkenaan sebagai hak mereka. Gerombolan pemuda Pas berlegar di luar dan melakukan kerja menaikkan bendera tanpa diganggu gugat.

Beberapa batang bendera berjaya dipacak di perkarangan bangunan itu tanpa berlaku apa-apa kekecuhan yang keras. Maka berkibarlah bendera bulan dengan bendera Amanah dengan aman. Ertinya tidak ada bantahan oleh Pemuda Amanah dengan perbuatan itu, mereka hanya bertahan di dalam kompleks berkenaan sahaja. Gerombolan pemuda Pas yang lebih ramai daripada Pemuda Amanah, hanya bertakbir, bersorak kemudian berdoa di luar sahaja.

Polis juga hadir sebagai persiapan bimbang berlaku sesuatu yang tidak baik. Selepas "berhoha-hoha" seketika polis menyuraikan dua kumpulan itu dengan baik.

Sesuatu mengecewakan

Apa yang terjadi itu sungguh mengecewakan. Sebenarnya kejadian itu, cuba untuk merampas bangunan itu tidak seharusnya berlaku sekiranya Pemuda Pas menjiruskan kepala dengan air kelapa muda dua tapang terlebih dahulu dan bersikap sebagai orang beragama. Tetapi sayang mereka alpa menyebabkan diri terus dikuasai nafsu dan bertindak rakus.

Seperti mana umum tahu bangunan itu kini masih dalam pertikaian mengenai hak miliknya, dan juga kejelasan proses jual belinya belum nyata. Ia tentu akan dibawa ke mahkamah untuk melalui proses keadilan. Hendak tidak hendak bila penyelesaian secara understanding, anak beranak gagal maka ia akan dibawa ke mahkamah. Semua pihak kena tunggu penyelesaian di mahkamah.

Negara ini ada undang-undang dan peraturan. Ada pendakwa dan hakim. Sepatutnya semua pihak khasnya Pemuda Pas Kelantan memahami akan hakikat ini. Ia tidak boleh bertindak secara sambrono dengan menggunakan peraturan dan undang-undang sendiri sehingga boleh merosakkan imejnya sebagai penganut parti agama.

Benar, bangunan itu telah dijual oleh pemunya, balu Allahyarham Rusli Ibrahim, tetapi ia tidak semudah itu untuk diserahkan kerana bangunan itu masih didiami. Ketelusan dan kerjernihan undang-undang dalam hal ini patut diketahui. Bukan semua boleh diatasi dengan wang ringgit atau pun kuasa, kerana kita ada undang-undang, undang-undang berada di hadapan. Wang dan kuasa sahih apabila ia digunakan dengan mengikut saluran yang betul.

Seperkara yang perlu diketahui dan mungkin ini diabaikan oleh pembeli, bahawa sebahagian bangunan itu dibina oleh Husam, sewaktu ia dijadikan Pusat Khidmatnya dan juga diperbaiki apabila ia dijadikan Wisma Tokguru. Sepatutnya pembeli harus menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu secara baik bukannya dengan menghantar notis 30 hari. Dimana akhlak dan tradisi orang Melayu yang kita gendung selama ini, bercakap biar beradab, berkira menghitung dengan waras?

Begitu juga balu Rusli kalau dia ada hak untuk menjualnya beliau perlu memaklumkan kepada Husam sebagai penghuni secara baik dan mengikut peraturan. Menjual tanah yang sedang didiami orang bukan seperti kita menjual buah durian, bayar duit bubuh dalam supik kemudian pembeli bawa balik cekah makan. Bukan segampang itu.

Khabarnya pihak pembeli sudah memberi notis selama 30 hari untuk Husam atau Amanah "keluar" daripada bangunan itu. Tempoh itu masih belum habis, jadi tindakan gerombolan Pas semalam boleh dianggap menceroboh kerana melanggar notis itu.

Dalam melihat kejadian ini timbul pertanyaan, apakah peranan pemimpin Pas Kelantan atau orang-orang tua yang lebih cerdik daripada budak-budak itu. Apakah mereka tidak mengetahui tindakan pemuda Pas itu atau pun merestuinya dari jauh? Kalau mereka tahu tetapi tidak bertindak, mereka bolehlah diibaratkan orang tua yang juga buta mengenai perundangan dan sudah kering dengan akhlak dan adat Melayu. Baca seterusnya di sini


Thus Article POLITIK BUDAK BUDAK

Itulah artikel POLITIK BUDAK BUDAK Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel POLITIK BUDAK BUDAK dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/politik-budak-budak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "POLITIK BUDAK BUDAK"

Post a Comment