Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang
link : Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Baca juga


Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


TANJUNG BUNGA - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Dato’ Maimunah Mohd. Sharif mengesahkan bahawa projek perumahan swasta yang terlibat dalam kejadian kemalangan di tapak pembinaan dekat Jalan Lembah Permai sebenarnya di ketinggian sekitar 40 meter (m) serta diluluskan mengikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi (NRE, 2005).

 Jelas beliau, MBPP sebenarnya tidaklah sewenang-wenangnya meluluskan projek pemajuan di kawasan tanah tinggi sebagaimana dituduh oleh pihak tertentu, sehingga mengakibatkan kematian seorang warganegara dan 10 buruh asing seperti di sini.

 “Kalau kita lihat tanah ini pun, ketinggiannya 40 meter, iaitu di bawah ketinggian 76 meter. “Kita (Pihak Berkuasa Tempatan, PBT) mempunyai satu garis panduan yang begitu ketat...garis panduan ini menunjukkan begitu terperinci mengenai apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

 “Semasa (permohonan) diproses, kita akan merujuk semua jabatan teknikal, lebih kurang 22 jabatan teknikal, selepas dirujuk, barulah dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) untuk dipertimbangkan. 

“Kalau dituduh kita meluluskan sewenang-wenangnya itu, pada pendapat saya tidak betul lah,” jelas Maimunah dalam sidang media bersama-sama Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng ketika melawat tapak kejadian di sini pada petang tadi.

 Hadir sama, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus.

 Difahamkan, permohonan Pelan Kebenaran Merancang Projek Perumahan Swasta Jalan Lembah Permai itu diluluskan pada 10 Februari 2015, manakala pelan pembangunan diluluskan pada 19 Mei tahun sama. 

Menjawab soalan pemberita, Maimunah turut mensyorkan pihak tertentu supaya segera membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sekiranya mempunyai bukti amalan rasuah dalam isu berbangkit tersebut.

 Sebelum itu, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) Kebangsaan mengarahkan PBT menyenaraihitamkan syarikat kontraktor terbabit, serta perintah menghentikan kerja-kerja pemajuan di tapak pembinaan.

 Beliau berharap Jawatankuasa Siasatan Negeri yang ditubuhkan segera melaksanakan siasatan secara penuh dan bebas, untuk menentukan punca, asal-usul kemalangan di tapak pembinaan ini, serta mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.


Thus Article Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Itulah artikel Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/projek-lulus-ikut-garis-panduan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Projek lulus ikut Garis Panduan Pembangunan Kawasan Tanah Tinggi - Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang"

Post a Comment