Tajuk : PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG !
link : PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG !
PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG !
PSM mengutuk keras perobohan Rumah pegawai ( Kuarters) Masjid Lapangan Terbang Subang, pada hari ini dimana 17 orang telah di usir dari kediaman mereka tanpa rumah alternatif ( 2 keluarga, 3 rumah, 2 kedai. Jumlah tanggungan 17 org termasuk pekerja kedai yg tinggal di rumah itu)
Semasa perobohan pagi tadi, 9 orang iaitu penghuni dan aktivis Parti Sosialis Malaysia termasuk Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam dan Ketua Pemuda PSM Khalid Ismath telah ditahan polis kerana mempertahankan hak penduduk disitu dan cuba menghentikan perobohan.
Sehingga rumah dirobohkan, dan penahanan 9 org dibuat, tiada langsung arahan Menteri Besar Selangor untuk hentikan perobohan! Walaupun sekarang ada dakwaan baru kononnya YAB Menteri Besar arahkan perobohan dihentikan tetapi perobohan telah dilaksanakan oleh PTG. Kesahiaan dakwaan ini perlu dikenal pasti. Namun cerita ini tidak masuk akal kerana, isu tanah dibawah kuasa Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tiada pihak walaupun pegawai Kerajaan Persekutuan boleh buat apa-apa atas tanah negeri tanpa kebenaran dari Kerajaan Negeri.
Lagipun, isu ini telah dibawa ke perhatian Menteri Besar Selangor Dato’ Azmin Ali sejak November 2016. Sehingga hari ini langsung tiada tindakan dari Kerajaan Negeri Selangor. Malah semalam, Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam telah hubungi PA Menteri Besar, YB Suhaime, namun beliau mengatakan perobohan akan diteruskan.
Alasan Kerajaan Selangor adalah isu ini bukan di bawah kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah satu penipuan. Pentadbiran tanah adalah sepenuhnya dibawah kuasa Kerajaan Negeri. Semua perkara berkenaan dengan tanah adalah disenaraikan dalam Jadual Kesembilan Senarai Kedua iaitu Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan. Maka apa pun kerajaan persekutuan hendak buat di sesuatu negeri, mestilah melalui dan dengan persetujuan Pengarah Tanah Negeri (Pegawai Daerah) dibawah Kerajaan Negeri Selangor. Maka dalam isu ini Kerajaan Negeri mempunyai kuasa penuh untuk menghentikan perobohan ini.
Justeru, kami menuntut Menteri Besar untuk bertindak segera melindungi hak 17 orang penduduk di Kuarter Masjid Lapangan Terbang Subang dan semua yang ditahan (9 orang) dibebaskan segera.9 Untuk maklumat lanjut ; hubungi :
Saudara Selvam (019-3369044) atau Saudara Arul (019-2537791)
Dikeluarkan oleh,9 S. Arutchelvan9 Ahli Jawatankuasa Pusat PSM
Nota tambahan: Persoalan penduduk yang tinggal di Kuarters Masjid Lapangan Terbang Subang ialah :
1. Kenapakah Malaysian Airport Holdings Berhad melabelkan mereka ini sebagai penceroboh, walhal En Abdul Razak dan En. Yaakob adalah bilal dan pekerja yang pernah berkhidmat di Masjid Lapangan Terbang Subang ini sejak tahun 1990an?
2. Sumbangan mereka kepada masjid dan kedai makan ini adalah untuk kemudahan pengunjung masjid selama lebih 20 tahun ini.
3. Kenapakah pihak pengurusan masjid dan JAIS kini memutarbelitkan fakta dengan mengatakan kuarters pekerja bukan dalam sempadan perkarangan masjid. Ini merupakan suatu pembohongan. Kawasan perkarangan masjid yang terbaru menyingkirkan kuarters pekerja dari peta. Perbuatan sedemikian berniat jahat.
4. Apakah peranan YAB Menteri Besar, Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan rakyat Selangor, walhal para pekerja di sana yang merupakan orang yang asal menduduki kawasan masjid dan berkhidmat dengan masjid tidak terbela! Para penduduk telah menghantar surat bertarikh 22hb.November, 2016, 7hb.Mac, 2017 dan sekali lagi pada 8hb.September, 2017 mengenai tindakan pengusiran oleh Malaysian Airports Holdings Berhad melalui penguatkuasaan Pejabat Tanah Daerah Petaling . Malangnya pejabat Menteri Besar lepas tangan dan menyuruh kami menghubungi JAIS. Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak mengendahkan isu perumahan penduduk di sini dan tidak membuat apa jua tawaran penempatan semula kepada penduduk disana . Tuntutan penduduk hanya adalah :
1. Rumah ganti kepada rumah yang dirobohkan ataupun pampasan yang setimpal untuk mendapatkan/menyewa sebuah rumah dan kedai alternatif dikawasan Subang atau Shah Alam yang berhampiran.
2. Gantirugi kehilangan sumber pendapatan untuk En.Razak dan En Yaakob sekeluarga, sehingga lokasi perniagaan dimulakan, selepas mengosongkan premis sekarang. 3. Tempoh pemindahan yang munasabah – 2 bulan.
Tuntutan penduduk adalah munasabah dan boleh diselesaikan dengan segera oleh Kerajaan Negeri Selangor kalau ada “ political will”. Rakyat mengundi Pakatan untuk perubahan dan Kerajaan Negeri Selangor berjanji tidak akan ada pengusiran paksa di Selangor di bawah permerintahan kerajaan Pakatan. Apa sudah jadi dengan janji ini.~ sumber
Thus Article PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG !
Itulah artikel PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG ! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG ! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/psm-kutuk-perobohan-rumah-pegawai.html
0 Response to "PSM KUTUK PEROBOHAN RUMAH PEGAWAI MASJID LAPANGAN TERBANG SUBANG DAN BEBASKAN 9 TAHANAN SEKARANG !"
Post a Comment