Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi

Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi
link : Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi

Baca juga


Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA KINABALU: Tempoh reman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Apdal dilanjutkan lagi dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah.
 
Perintah itu dikeluarkan Majistret Kota Kinabalu, Cindy Mc Juce Balitus setelah tempoh reman sejak 18 Oktober lepas berakhir hari ini.
 
Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon tempoh reman itu dilanjutkan selama tujuh hari, bagaimanapun mahkamah hanya membenarkan ia hanya dua hari.
 
Mohd Yusof, 57, merupakan adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, adalah individu kesembilan daripada 11 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar berjumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diseleweng daripada sebuah kementerian.
 
Beliau disiasat mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.
 
Sementara itu Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Faliq Basiruddin memaklumkankan Mohd Shafie buat masa ini tidak berada di dalam lokap SPRM tetapi masih berada di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 bagi menjalani rawatan.
 
“(Buat) masa ini saya fikir (Mohd Shafie) masih di hospital untuk rawatan. Jika beliau fit (sihat) untuk dimasukkan ke dalam lokap (SPRM), kami akan masukkan. Apa-apa pun, kami menunggu laporan daripada pihak hospital,” katanya.
 
Mohd Shafie pada Khamis malam lalu telah dimasukkan ke HQE 2 kerana mengalami tekanan darah tinggi sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret pada Jumaat bagi mendapatkan perintah tahanan reman.
 
 


Thus Article Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi

Itulah artikel Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/tempoh-reman-adik-shafie-dilanjut-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tempoh reman adik Shafie dilanjut dua hari lagi"

Post a Comment