"Tin kosong yang tiada otak"

"Tin kosong yang tiada otak" - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Tin kosong yang tiada otak", Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Tin kosong yang tiada otak"
link : "Tin kosong yang tiada otak"

Baca juga


"Tin kosong yang tiada otak"

Sultan Johor titah JAINJ berhenti berurusan dengan Jakim
mk   -   Hari ini, 5:52 petang
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) agar tidak lagi berurusan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), susulan kritikan Dr Zamihan Mat Zin terhadap baginda.

Zamihan yang merupakan pegawai kader Jakim baru-baru ini dilaporkan mengkritik Sultan Ibrahim yang membidas dobi "Muslim sahaja" di Muar yang menjadi perhatian negara.

Baginda berkata, Jakim tidak perlu memberi pandangan agama kepada Johor, memandangkan ia tertakluk di bawah bidang kuasa negeri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menurut laporan Sinar Harian hari ini.

"Beberapa mufti dan pakar agama telah keluarkan pandangan dan hujah mereka berkaitan perkara ini, namun malangnya ada pula seorang penceramah bernama Ustaz Zamihan Mat Zin yang mengkritik tindakan saya dan memperlekeh mufti tersebut.

"Gaya cakapnya sangat angkuh dan sombong, seolah-olah dia sahaja yang betul dan mencerca bangsa lain," titah Sultan Ibrahim seperti dipetik.

"Kalau betul dia penceramah Jakim, saya tidak tahu dari mana Jakim pungut dia. Selepas ini juga saya mengarahkan Jainj tidak perlu lagi buang masa berurusan dengan Jakim," titah Sultan Ibrahim ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kali ke-17, hari ini.

Menyifatkan Zamihan sebagai "tin kosong yang tiada otak", Sultan Ibrahim mendakwa penceramah itu berbohong apabila menafikan kenyataan asalnya selepas menerima kecaman.

"Nampaknya ustaz ini dah pandai berbohong pula, macam mana kita nak belajar dengan dia. Jangan nak temberang dengan saya, lepas ini cukuplah berceramah depan cermin sahaja untuk kenal diri sendiri," titah Sultan Ibrahim lagi.

Zamihan yang juga presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) sebelum ini mendakwa rakaman ceramahnya itu diputarbelit media dengan tujuan "mengeruhkan hubungan antara agamawan dan Istana”.

Pada 11 Oktober lalu, beliau direman polis atas kesalahan mengikut Akta Hasutan bersama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dibebaskan hari ini.

Selain itu, penceramah kontroversi itu turut diheret ke lembaga tatatertib Jakim, selain digantung tauliah ceramah oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

* Jakim kutip dia dari Gua Musang, Tuanku!


Thus Article "Tin kosong yang tiada otak"

Itulah artikel "Tin kosong yang tiada otak" Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Tin kosong yang tiada otak" dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/tin-kosong-yang-tiada-otak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Tin kosong yang tiada otak""

Post a Comment