[Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?

[Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?
link : [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?

Baca juga


[Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?

Isnin, 9 Oktober 2017


Malaysia milik rakyat atau milik PAS?

Saya tidak terkejut apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak Malaysian Malaysia yang menjadi slogan DAP.
Untuk kenyataan seperti yang disiarkan Malaysiakini itu Abdul Hadi menggunakan alasan "kontrak sosial" sebagai tempat beliau berpaut mengabsahkan hujahnya walaupun ia jelas begitu samar.
Sememangnya wajah sebenar PAS era Abdul Hadi kian terserlah semenjak mereka meninggalkan pakatan pembangkang dan mula bekerjasama (taawun) dengan Umno.
Slogan Malaysian Malaysia - atau dalam bahasa Melayunya, Malaysia milik rakyat Malaysia - menjadi teras perjuangan DAP.
Ia juga suatu peringatan berterusan bahawa negara ini adalah milik kita bersama. Kita mungkin berbeza dalam banyak perkara baik dari aspek budaya, latar belakang bangsa, kedudukan ekonomi dan lain-lain.
Namun kita disatukan oleh perasaan kecintaan dan keterikatan kita kepada tanah air ini. Penekanan yang diutarakan ialah bahawa kita sebagai ialah Malaysia dan negara ini milik kita bersama.
Kesedaran bahawa "Malaysia milik rakyat Malaysia" tentulah lebih releven hari ini apabila kekayaan negara semakin terhakis daripada menjadi milik rakyat secara umum.
Ia sebaliknya dibolot oleh hanya sekumpulan kecil mereka yang ada kedudukan.
Paksakan keyakinan sendiri
Lihat saja bagaimana kekayaan negara boleh menjelajah ke serata dunia, dibolot oleh kroni-kroni terdekat Malaysian Official 1 (MO1) seperti apa yang berlaku pada dana 1MDB.
Saya melihat kebencian PAS terhadap idea "Malaysia milik rakyat Malaysia ialah disebabkan mereka mahu negara ini menjadi milik parti itu semata-mata.
Ia boleh dianggap seperti gagasan "Malaysia milik PAS".
Keinginan ini sudah tentu berasaskan kepercayaan bahawa PAS wajib memaksakan Islam politik versi mereka ke atas semua rakyat Malaysia seraya menyekat apa saja kepercayaan lain yang dilihat tidak sehaluan dengan mereka.
Atau sesiapa saja yang berbeza dengan mereka.
Sejarah menunjukkan bagaimana gagasan "Malaysia milik PAS" pernah terjelma melalui insiden seperti Amanat Haji Hadi.
Kenyataan dibuat Abdul Hadi pada April 1981 di Kampung Banggol Peradong di Kuala Terengganu itu memaksakan keyakinan mereka ke atas orang lain.
Hasilnya telah mewujudkan budaya kafir-mengkafir sesama umat Islam dan perpecahan begitu meruncing.
Selepas keluar daripada arus perdana pembangkang di Malaysia yang mengutamakan kebajikan rakyat, PAS nampaknya perlu mula menyerang idea "Malaysia milik rakyat Malaysia".
Semuanya bertitik tolak daripada keterdesakan mereka untuk menjadikan "Malaysia milik PAS".
Saya menyeru rakyat Malaysia untuk membuat pilihan bijak - sama ada mahu mewujudkan Malaysia milik kita bersama dan hidup sebagai satu keluarga, atau membiarkan negara ini dimiliki sekumpulan orang yang hanya berasakan cuma diri mereka saja yang bagus, yakni "Malaysia milik PAS".

EDRY FAIZAL EDRY YUSOF ialah Ahli Jawatankuasa DAP Selangor dan ahli Majlis di Majlis Perbandaran Selayang.
Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian Malaysiakini.

malaysiakini


Thus Article [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?

Itulah artikel [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-menjawab-fitnah-pas-amanah-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video Menjawab Fitnah PAS, AMANAH Bukan Khadam DAP & Ada Perlembagaan Sendiri] Malaysia milik rakyat atau milik PAS?"

Post a Comment