[Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?

[Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan? - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?
link : [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?

Baca juga


[Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?

Ahad, 8 Oktober 2017

Image result for Foto murid sekolah pegang bendera umno
Image result for Foto murid sekolah pegang bendera umno
Tak patut ajak, ajar murid kempen politik: Netizen - Portal Islam dan Melayu Portal Islam dan Melayu

'Jangan bawa politik ke sekolah'

'Jangan bawa politik ke sekolah'


SEMUA parti politik dilarang membawa sebarang aktiviti berunsur politik ke kawasan sekolah.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarulzaman Abdul Razak menegaskan, sebarang hal-hal berkaitan dengan politik perlulah dielakkan daripada dibawa ke sekolah kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara ibu bapa dengan anak, serta murid dengan murid.

"Mungkin pandangan dan pemikiran ibu bapa berbeza dengan anak mereka.

"Begitu juga murid dengan murid yang mungkin boleh mencetuskan pergaduhan kerana perbezaan pendapat," kata Kamarulzaman kepada Oriental Daily.

Beliau berkata, pendidikan tidak boleh digunakan sebagai alat untuk tujuan politik, tambahan pula murid dan ibu bapa mempunyai hak menyokong parti politik yang mereka inginkan.

Kamarulzaman mengulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menggesa guru menyertai Umno dalam acara sekolah di Putrajaya, baru-baru ini.

"Tidak ada salah parti politik menganjurkan aktiviti di sekolah. Sebelum ini, ia memang telah berlaku. Kadangkala ada guru besar sendiri yang menjemput parti politik untuk mengadakan aktiviti di sekolah mereka.

"Kalau hanya nyanyikan lagu parti dan gantung bendera parti, ia memang tidak salah, yang salah bukan penganjuran aktiviti oleh parti politik itu, sebaliknya jika membabitkan motif penyebaran kenyataan-kenyataan berbaur politik," katanya.

Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang turut terkejut dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa yang bersetuju dengan tindakan Tengku Adnan.

Kit Siang berkata, penjawat awam jangan tunduk terhadap tekanan politik daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin BN.

“Penjawat awam harus menunjukkan kesetiaan kepada negara dan rakyat, bukannya kepada parti politik,” tegasnya seperti dilaporkan dalam China Press.

Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah dan murid-murid juga mengibarkan bendera Umno serta menyanyikan lagu parti.

“Mungkin Ali akan berkata bahawa guru-guru boleh menyertai DAP dan parti komponen Pakatan Harapan lain?,” soal Kit Siang.

Image result for Foto murid sekolah pegang bendera umno
Budak sekolah pegang bendera umno

Guru kini bebas sertai parti politik selain Umno

Oleh Shahbudin Husin

Susulan ajakan terbuka oleh Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor kepada guru-guru agar mereka aktif dan memegang jawatan penting dalam UMNO dan perkara itu kemudiannya disambut positif oleh Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa, para pendidik seharusnya boleh menarik nafas lega mulai sekarang.

Mengulas tentang satu program yang jelas memaparkan bendera dan nyanyian lagu UMNO di sebuah sekolah di Putrajaya dan Tengku Adnan dalam ucapannya pula mengajak guru-guru agar kembali memegang jawatan penting dalam parti itu, Ali Hamsa berkata, beliau tidak ada masalah dengan guru-guru yang ingin menyertai UMNO.

Saya tiada masalah dalam hal itu, katanya tanpa mengulas lebih lanjut.

Prinsip dan falsafahnya mudah saja, kalau guru-guru sudah dibenarkan semula untuk aktif dan memegang jawatan penting dalam UMNO, bermakna mereka juga turut boleh untuk aktif dan memegang jawatan penting dalam lain-lain parti.

Tentulah tidak munasabah, malah suatu kezaliman jika hanya dalam UMNO saja guru-guru dibenarkan aktif dan memegang jawatan, tetapi tidak boleh berbuat perkara yang sama dalam parti-parti yang lain.

Cuma, tentulah tidak mungkin Ketua Setiausaha Negara secara terbuka mahu mengatakan guru-guru juga bebas menyertai parti-parti lain selain UMNO, tetapi kenyataan beliau itu tidaklah terlalu sukar untuk difahami maksud tersiratnya.

Hakikatnya, kedudukan semua parti adalah sama saja. Hari ini UMNO jadi kerajaan, esok lusa mungkin parti lain pula menggantinya. UMNO yang hari ini jadi kerajaan, bila-bila masa boleh bertukar menjadi pembangkang.

Itulah prinsip sebuah kerajaan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat membuat pilihan setiap lima tahun sekali. Namun, guru-guru sebagai kakitangan kerajaan, siapa pun yang memerintah dan memegang kuasa, kedudukan mereka tidak akan berubah.

Sesuai dengan kebenaran yang sudah diberi itu, kiranya masih ada guru-guru yang sebelum ini dipindahkan ke kawasan pedalaman atas faktor politik dan menyokong pembangkang, Kementerian Pendidikan seharusnya segera memindahkan mereka semula ke tempat asal masing-masing.

Mulai sekarang, sepatutnya tiada lagi sesiapa yang dihukum atau dianiaya kerana kecenderungan dan pilihan politik yang tidak selari dengan kerajaan.

Guru-guru kini bebas membuat pilihan sebagaimana kelompok kerjaya yang lain juga.

Ayuhlah guru-guru, aktif dan peganglah jawatan penting dalam parti-parti politik mulai hari ini.

Pilihlah mana-mana parti yang sesuai, tetapi jangan lupa menunjukkan contoh teladan yang baik dan menegakkan prinsip kebenaran kepada masyarakat sekeliling, sama seperti yang dilakukan di bilik darjah seperti bercakap mengenai apa itu rasuah, apa itu pembaziran, apa itu kemewahan, apa itu kleptokrasi, cukai GST dan macam-macam lagi isu yang menjadi keresahan rakyat.

Guru-guru tentunya akan terus disanjung dan dimuliakan oleh masyarakat sebagaimana mereka dihormati di bilik darjah jika pembawaan mereka adalah sama walau di pentas politik mana mereka berada.



Thus Article [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?

Itulah artikel [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-najib-pandai-buat-hutang-ajeumno.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video NAJIB PANDAI BUAT HUTANG aje~UMNO Sekarang Berjuang Untuk Dedak] Presiden NUTP: Jangan bawa politik ke sekolah & Guru kini bebas sertai Pakatan Harapan?"

Post a Comment