[Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang.

[Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang.
link : [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang.

Baca juga


[Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang.

Ahad, 29 Oktober 2017

Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang

Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyediakan pelbagai habuan dan gula-gula pilihan raya untuk memancing sokongan pengundi, ia tidak sedikit pun menggugat sokongan kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) di negeri Kedah.
Malah sokongan yang begitu memberangsangkan terbukti apabila 90 peratus daripada 6,700 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pendang, terdiri daripada mereka yang telah keluar Umno.
Penyertaan yang begitu ramai ini memberi satu tamparan hebat kepada Umno dan BN di Pendang yang sering mendabik dada bahawa mereka masih diterima oleh ahli Umno di kawasan parlimen tersebut.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Armada Bahagian Pendang, Mohd Fauzi Ismail.
Menurut beliau lagi, daripada jumlah tersebut 60 peratus adalah mereka yang berada di bawah usia 50 tahun serta merupakan golongan muda.
Manakala 40 peratus lagi adalah mereka yang tergolong dalam usia lebih 50 tahun.
“Sokongan sehingga mencecah lebih 6,000 ahli ini adalah bukti bahawa Umno semakin tempang di Pendang.
“Mereka sudah tidak mampu untuk menyekat ramai ahli Umno untuk meninggalkan parti lama tersebut.
“Sekali gus ini memberi kekuatan kepada PH untuk menerobos kubu Umno dan merampas kerusi tersebut dalam pilihan raya umum akan datang,” jelasnya lagi.
Manakala itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Abdullah Suady Ramadhan yang turut hadir dalam program ziarah tokoh tempatan serta pembentukan jawatankuasa jentera pilihan raya PDM Pulai kelmarin berkata, kerjasama erat antara AMANAH dan Bersatu dalam membawa semangat PH begitu utuh.
“Semangat PH yang ditunjukkan di Pendang pada kali ini memberi isyarat jelas kepada rakyat akan kemampuan PH untuk mengambil alih kepimpinan Negeri Kedah dan juga Putrajaya.
“PH bertekad untuk menyelamatkan rakyat daripada gula-gula politik Umno dan BN yang senantiasa memperdayakan rakyat.
“Sedangkan krisis ekonomi dan kos sara hidup terus meningkat sehingga menyebabkan rakyat sengsara dan derita dalam diam,” ujarnya lagi.
Abdullah Suady berucap dalam program ramah mesra dengan penduduk bersama pimpinan PH Pendang kelmarin.
Tegasnya lagi, penduduk tempat khususnya di Pendang amat kecewa dengan janji-janji Umno dan BN khususnya mengenai pembinaan Hospital Pendang yang telah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.
“Bukan sahaja papan tanda telah usang, sebaliknya bisik-bisik mengenai projek RM220 juta tersebut terus menyepi dan senyap begitu sahaja.
“Janji ini telah ditaburkan sejak 15 tahun lalu, namun sehingga kini masih lagi menjadi igauan penduduk Pendang yang tidak kesampaian.
“Oleh kerana itu rakyat Pendang harus melihat kembali sokongan mereka kepada BN kali ini agar tidak menjadi mangsa untuk kali keempat dalam mengharapkan sebuah hospital yang dijanjikan tetapi tidak terlaksana oleh kerajaan sedia ada,” tambahnya lagi.
Malaysia Dateline.


Thus Article [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang.

Itulah artikel [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-tolak-rasuah-jatuh-bn-kecewa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[Video TOLAK RASUAH, Jatuh BN] Kecewa dengan Umno, lebih 6,000 ahli sertai Bersatu di Pendang."

Post a Comment