[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.
link : [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Baca juga


[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Rabu, 4 Oktober 2017


Hanya kerajaan diktator sanggup mengarahkan pelajar menaikkan bendera serta menyanyikan lagu parti pemerintah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut bekas perdana menteri itu beliau pernah melawat sebuah negara asing yang mewajibkan semua rakyat menyokong pemimpinnya.
Negara yang sebegitu, katanya, memang menanamkan perasaan kagum melampau kepada pemimpinnya walaupun latar belakang individu terbabit tidak layak diperlakukan begitu.
"Jadi, untuk mengekalkan sokongan kepada pemimpin 'penyangak' ini maka dia suruh semua orang memuji pemimpin, menyanyi lagu pemimpin dan sebagainya.
"Malangnya ini sudah berjangkit kepada Malaysia di bawah Datuk Seri Najib Razak," katanya kepada media di Petaling Jaya hari ini.
Dr Mahathir ditemui di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU). Beliau ialah pengerusi parti berkenaan.
Semalam Malaysiakini melaporkan pelajar sekolah rendah di Putrajaya dihiasi dengan bendera Umno sempena pertandingan menghias bilik darjah dengan tema Umno dan Kemerdekaan.
Selaras dengan tema itu, Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) itu bukan sahaja dihiasi dengan kibaran bendera kebangsaan tetapi juga bendera Umno.
Dia buat apa saja
Turut kelihatan sepanduk Hidup Umno, Hidup Melayu, Dulu, Kini dan Selamanya yang digantung di tengah pentas.
Potret Najib pula diletakkan di tempat yang tinggi manakala gambar Dr Mahathir - sebagai salah seorang perdana menteri Malaysia - di bahagian bawah dikepung pasu pokok.
Acara itu dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun Umno Putrajaya menjelaskan peristiwa semalam itu menunjukkan kefahaman mereka tentang sejarah kemerdekaan yang dipaparkan melalui pertandingan menghias bilik darjah.

Ketua Pemuda Umno Putrajaya Ahmad Faisal Abdul Karim berkata apa yang berlaku bukanlah usaha Umno membawa politik masuk ke sekolah.
Katanya, tiada siapa yang dapat menafikan peranan Umno bersama-sama MCA dan MIC dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Ini adalah fakta sejarah yang bukan direka atau dimanipulasi. Murid-murid menghayati perjuangan untuk mencapai kemerdekaan," katanya.
Buat masa ini ada khabar menyatakan Dr Mahathir akan bertanding mewakili Pakatan Harapan di Putrajaya.
Kata Dr Mahathir pemimpin yang mengarahkan pelajar menyanyikan lagu parti kerana mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.
Katanya kerajaan tidak boleh berpihak kepada mana-mana parti politik, termasuk yang memerintah.
"Ini tak boleh. Kita tak boleh guna alat kerajaan untuk kepentingan parti.
"Ini salah, tapi kita sekarang mempunyai kerajaan yang tidak mengikut kedaulatan undang-undang. Dia buat apa saja, tapi saya yakin rakyat tahu ini adalah salah guna kuasa oleh kerajaan," katanya.
Menjelaskan lagi kejadian itu Dr Mahathir berkata Umno kini muflis idea dan tidak tahu lagi apa yang perlu dilakukan untuk menarik sokongan rakyat.
"Mereka takut jadi mereka buat semua benda yang salah. Ini adalah jenis sistem yang diamalkan oleh diktator," katanya.

malaysiakini


Thus Article [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil.

Itulah artikel [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-tun-m-hanya-diktator-suruh-murid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Tun M: Hanya diktator suruh murid kibar bendera parti] Tun M: Umno mahu mengajar rakyat menipu diri sendiri sejak kecil."

Post a Comment