[Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan.

[Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan. - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan.
link : [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan.

Baca juga


[Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan.

Khamis, 13 Oktober 2017

Polis tahan Zamihan

Presiden Persatuan Ahli Sunnah wal Jamaah (Aswaja) ditahan polis ekoran ceramahnya yang dikatakan mengkritik Sultan Johor berhubung isu kedai dobi mesra Muslim.
Ketika dihubungi Malaysiakini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan penahanan Zamihan Mat Zin itu.
Katanya Zamihan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur kira-kira jam 3.50 petang tadi.
"Dia disiasat mengikut Akta Hasutan bersama Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Menurut Wan Ahmad Najmuddin penceramah yang pernah berkhidmat bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Kementerian Dalam Negeri itu akan dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan kebenaran tahanan reman esok.
malaysiakini.

Zamihan turut diheret ke lembaga tatatertib Jakim

Di sebalik penafian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Zamihan Mat Zain sebagai pegawai kader mereka yang ditugaskan di Kementerian Dalam Negeri.
Ketua pengarahnya Tan Sri Datuk Othman Mustapha mengesahkan perkara itu dalam kenyataan media semalam, selepas kontroversi Zamihan mengkritik sultan Johor.
“Jakim memandang serius terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di penjara Kajang,” katanya.

Sementara itu, semakan Malaysiakini di laman web Jakim mendedahkan bahawa Zamihan menyandang jawatan "pegawai hal ehwal Islam".

.
CERAMAH USTAZ ZAMIHAN MAT ZAIN YANG DIDAKWA MENGANDUNGI UNSUR KRITIKAN TERHADAP DYMM SULTAN JOHOR
1. Jakim memandang serius terhadap ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai kader Jakim di Kementerian Dalam Negeri yang kini ditempatkan di Penjara Kajang. Ceramah beliau yang telah dimuat naik dalam Youtube didakwa mengandungi unsur kritikan terhadap DYMM Sultan Johor.
2. Justeru, Jakim telah memanggil Ustaz Zamihan Mat Zain pada pagi tadi untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan perkara berkenaan. Jakim telah memutuskan untuk merujuk perkara ini kepada Lembaga Tatatertib untuk tindakan lanjut.
Sekian, dimaklumkan.
TAN SRI DATO’ HAJI OTHMAN
BIN MUSTAPHA
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kompleks Islam Putrajaya
11 Oktober 2017


Thus Article [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan.

Itulah artikel [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan. dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/10/video-zamihan-diheret-ke-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[Video Zamihan diheret ke lembaga tatatertib JAKIM] Polis tahan Zamihan."

Post a Comment