Tajuk : Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?
link : Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?
Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?
Dilaporkan bahawa polis sedang menyiasat peguam terkemuka dan aktivis sosial Ambiga Sreenevasan di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bersabit saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Langkah polis Malaysia terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu menimbulkan tanda tanya kerana kes mahkamah itu difailkan di United Kingdom (UK).
Ambiga disiasat atas dakwaan menyalurkan maklumat kepada Rewcastle-Brown kononnya pemimpin kanan PAS menerima sejumlah wang yang besar daripada Perdana Menteri Najib Razak. Rewcastle-Brown menamakan Ambiga sebagai sumber maklumatnya untuk laporan yang dikatakan oleh PAS sebagai fitnah itu. ~ baca lagi di sini
Pelik sunggoh langkah polis yang bertindak keatas Ambiga hanya kerana dia menyalurkan maklumat itu kepada editor Sarawak Report.
Kenapa polis tidak siasat Rafizi Ramli yang telah membuat akuan sumpah mendakwa bekas Timbalan Presiden PAS Datuk Nasharudin Mat Isa dan beberapa pemimpin Pas lain telah menerima dana melibatkan 1MDB melalui akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.~ sumber
Dan kenapa tidak siasat dakwaan yang telah dibuat oleh Husam Musa bahawa jumlahnya lebih besar dari 90juta telah di salurkan kepada Nasharuddin Mat Isa melalui Affin Bank? ~ sumber
Dan yang paling pelik kenapa Polis Malaysia tidak berani menyiasat MO1 yang telah disabitkan melanun wang rakyatnya sendiri sebagaimana yang di laporkan oleh DoJ Amerika?
Untuk rekod, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam tuntutan mahkamah ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaitkan MO1 dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dokumen itu pada muka surat 13, perenggan 39 contohnya menyebut, “Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.”
Bahkan, menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum ini turut mengakui MO1 yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ Amerika itu adalah Najib Razak. ~ sumberSamada dakwaan Brown dan Ambiga itu fitnah atau tidak berasas, sepatutnya biarlah mahkamah Tinggi London yang siasat dan menentukannya kerana kes itu difailkan di Mahkamah United Kingdom (UK).
Thus Article Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?
Itulah artikel Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ? Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ? dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/apa-tujuan-sebenar-polis-siasat-ambiga.html
0 Response to "Apa tujuan sebenar polis siasat Ambiga ?"
Post a Comment