'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'

'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran' - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran', Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'
link : 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'

Baca juga


'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'

MALAYSIAKINI
 


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), sebagai sebuah agensi bebas, sewajarnya membantu Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menggunakan nama pilihannya, Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan bukannya memberi amaran bahawa parti itu boleh dibatalkan pendaftaran.

Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan menggesa  demikian ekoran amaran Ketua Pengarah ROS Surayati Ibrahim, bahawa penggunaan singkatan nama ARMADA adalah tidak sah kerana tidak pernah diluluskan dalam perlembagaan parti itu.

"Tidak sepatutnya ROS bersikap sedemikian yang seolah-olah mahu mengusutkan keadaan, dengan mewujudkan permasalahan remeh seperti itu," katanya dalam satu kenyataan.

"Dalam isu penggunaan singkatan ARMADA, ROS sewajarnya bertanggungjawab untuk membantu agar penggunaan nama tersebut dapat digunapakai secara sah.

"Lebih-lebih lagi difahamkan PPBM telah membuat permohonan tersebut secara rasmi namun masih tidak ada respon dari ROS," kata Sany.

Anggota Majlis Tertinggi BERSATU, Tariq Ismail semalam mendakwa BERSATU telah menghantar pindaan perlembagaan parti, termasuk penggunaan nama ARMADA dan Srikandi, yang diluluskan majlis pimpinan tertinggi pada Julai lalu kepada ROS.

Tetapi, sehingga sekarang tiada jawapan dari ROS, katanya di Facebook semalam.

Manakala Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan beliau telah menerima surat bertarikh 7 November dari ROS, untuk disiasat berhubung kes itu.



Thus Article 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'

Itulah artikel 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran' Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran' dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/bantu-pemuda-bersatu-guna-armada-bukan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Bantu Pemuda BERSATU guna ARMADA, bukan amaran'"

Post a Comment