Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000

Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000 - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000
link : Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000

Baca juga


Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000



Nizar (kanan) dan pasukan peguam di luar mahkamah selepas keputusan dibaca hakim.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria hari ini diperintahkan untuk membayar RM200,000 kepada Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Dato Seri Nizar Jamaluddin.

Bendahari Agung Pas itu didapati bersalah memfitnah Mantan Menteri Besar Perak itu dalam satu rencana yang disiarkan akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015 bertajuk “Pendekatan Nizar Mirip DAP”.

Hakim Mahkamah Sesyen Ipoh, D Sunita Kaur Jessy H Daljit mendapati bahawa Nizar berjaya membuktikan kes saman fitnah beliau terhadap Razman yang memfitnahnya menolak hudud serta boneka kepada DAP melalui kenyataan di akhbar Sinar Harian itu.

Hakim berpendapat, pembelaan dikemukakan Razman ke atas saman yang dikemukakan oleh Nizar adalah tidak berasas.

Dalam masa yang sama, tuntutan balas yang dikemukakan oleh Razman ke atas Nizar juga ditolak oleh mahkamah.

Di dalam tuntutan balas tersebut, Razman mendakwa bahawa kenyataan media Pakatan Rakyat pada 21 Mac 2015 yang ditandatangani oleh Nizar bersama wakil DAP dan PKR adalah satu fitnah ke atasnya selaku Pesuruhjaya Pas Perak.

Walau bagaimanpun Mahkamah Sesyen mendapati Razman telah gagal membuktikan dakwaannya itu.

Sebelum ini, Razman turut mengeluarkan saman pihak ketiga kepada Sinar Harian tetapi saman tersebut ditarik balik oleh Razman dengan kos.

Dalam perkembangan sama, Peguam Nizar, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah juga telah mengeluarkan perintah injunksi kepada Razman agar beliau tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah ke atas Nizar.

Beliau menjelaskan, RM200,000 tersebut adalah bayaran untuk ganti rugi am dan ganti rugi teruk yang perlu dibayar oleh Razman kepada Nizar.

Mohammad Nizar diwakili oleh dua orang peguam iaitu Bendahari Agung AMANAH, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni.

Razman berjalan keluar dari kamar mahkamah.




Thus Article Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000

Itulah artikel Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000 dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/bersalah-fitnah-nizar-pesuruhjaya-pas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bersalah fitnah Nizar, Pesuruhjaya Pas Perak diarah bayar RM200,000"

Post a Comment