Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir

Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir
link : Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir

Baca juga


Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir

Koreklah, ingat kita takut sangat ke, kata Nazri
Anne Mohammad      Hari ini, 11:40 am
Seorang Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak gentar dengan ugutan bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu mendedahkan keburukan mereka.

Datuk Seri Nazri Aziz berkata Umno terbuka terhadap perkara itu malah beliau juga pernah mengisytiharkan hartanyanya kepada Dr Mahathir semasa berada dalam kabinetnya.

“Koreklah, kita semua terbuka. Datuk Seri Najib Razak punya kekayaan pun terbuka. Koreklah, kita nak tahu kaya macam mana.

“Macam saya, keluarga dan anak-anak saya semua orang korek. Tidak ada masalah. Koreklah, nanti kita korek dia punya, baru dia tahu nanti, ingat kita takut sangat ke?

“Saya pernah isytihar harta pada dia. Saya pernah jadi menteri pada dia. Kita sentiasa buat pengisytiharan, apa nak takut,” katanya.
Nazri berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perlawanan Bola Keranjang Cina Sedunia ke-33 di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Selangor.

Dr Mahathir semalam memberi amaran kepada pesaing politiknya bahawa beliau juga boleh mendedahkan keburukan mereka.

Beliau berkata demikian selepas dua akhbar berkaitan Umno melaporkan gaya hidup mewah cucu perempuannya baru-baru ini.

Ahad lalu, Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita muka depan mengenai gaya hidup cucu bekas perdana menteri itu, Meera Alyanna Mukhriz.

Utusan Malaysia menerbitkan gambar Meera di atas kapal layar yang didakwa dinamakan sempena namanya dan mendakwa gadis itu sering memakai pakaian berjenama dan menjalani gaya hidup mewah.
Berita Harian, sebaliknya menerbitkan gambar-gambar Meera dan adik perempuannya Melia Serena di atas bot dengan kawan-kawannya.

Mengulas lanjut Nazri yang juga Menteri Pelancongan berkata semua pihak bukan sahaja mahu mengetahui sumber kekayaan Dr Mahathir tetapi juga mengenai anak-anaknya sekali.

“Pertama sekali bukan dia sahaja, kita nak tahu anak dia itu. Isytihar mana datang sumber kekayaan itu... saya dengarlah. Anak dia kena bagi tahu,” katanya.

Sementara itu Nazri ketika ditanya mengenai kesediaan Dr Mahathir untuk mengisytiharkan hartanya serta tidak tahu sama ada dirinya akan menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang berkata:

“Tak payah bertanding pilihan rayalah, isytihar jelah (harta),” katanya ringkas.


Thus Article Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir

Itulah artikel Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/betulkah-nazri-berani-nazri-cabar-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Betulkah Nazri berani?: Nazri cabar dan perli Dr. Mahathir"

Post a Comment