DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak

DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak
link : DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak

Baca juga


DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kemerosotan jumlah kehadiran perwakilan DAP hadir dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung semalam, jelas memberi isyarat parti dominasi Cina itu semakin tandus sokongan, khususnya pengundi Cina.
 
Naib Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Ishak berkata pengurangan drastik itu disebabkan protes terhadap DAP yang kini bersekongkol dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
 
"Pimpinan parti cauvinis berkenaan perlu menerima hakikat bahawa ketidakhadiran 46 peratus perwakilan adalah memberi isyarat bahawa parti berkenaan sedang mengalami defisit sokongan dari kaum Cina terhadap beberapa isu kepimpinan yang tidak menguntungkan mereka termasuk bersekutu dengan pihak PPBM yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamed.
 
"Kehadiran jumlah perwakilan seramai hampir 54 peratus dari jumlah senarai asal jelas menunjukkan bahawa sedang berlaku episod penurunan sokongan serta hilang kepercayaan terhadap kepimpinan yang diterajui oleh Dinasti Lim," katanya dalam kenyataan medianya, hari ini. 
 
Pemilihan semula CEC DAP menyaksikan anak beranak Lim terus mengungguli senarai jawatankuasa tertinggi parti. 
 
Lim Kit Siang menduduki tempat pertama dengan memperoleh 1,199 undi, manakala anaknya Lim Guan Eng menduduki tempat ketiga dengan jumlah undi 1,180. 
 
Keputusan pemilihan semula semalam juga menyaksikan hanya seorang wakil Melayu menduduki senarai 20 CEC parti, iaitu Zairil Khir Johari.
 
Perkembangan itu membuktikan "Konsep Malaysian Malaysia" yang menjadi roh perjuangan DAP, jelas tidak mewakili kaum Melayu dan Islam.
 
"Hasil Keputusan pemilihan semula kali kedua berkenaan juga menyaksikan perwakilan telah gagal secara 'total' mentransformasikan parti DAP sebagai sebuah parti berbilang kaum bilamana calon melayu Islam ditolak. 
 
"Ia sekaligus membawa maksud bahawa kehadiran Melayu DAP tidak diiktiraf menerusi elemen pemilihan," ujarnya.
 
Hanya 1,356 daripada 2,514 perwakilan yang layak mengundi hadir bagi pemilihan semula CEC di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, semalam.
 
Kehadiran hanya 53.94 peratus itu jauh merosot berbanding 1,725 perwakilan yang mengundi bagi pemilihan semula CEC parti itu pada 2013.
 
 


Thus Article DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak

Itulah artikel DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/dap-makin-tandus-sokongan-pengundi-cina.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "DAP makin tandus sokongan pengundi Cina - Rahmad Ishak"

Post a Comment