Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!

Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang! - kawan-kawan Hallo MALAY OF RE NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel BUDAYA, Artikel EKONOMI, Artikel ENTERTAIMENT, Artikel HOBY, Artikel NEWS, Artikel OLAHRAGA, Artikel POLITIC, Artikel TRAVELING, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!
link : Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!

Baca juga


Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!


 Saya amat tidak bersetuju dengan saranan Datuk Zaid Ibrahim yang menasihatkan Hj Hadi menarik samannya ke atas editor Sarawak Report hanya kerana kos guamannya mahal dan mungkin mencecah RM10 juta.sumber

 Sesiapa pun termasuk juga Zaid tidak perlu risaukan tentang kos RM10 juta itu kerana Pas telah pun berjaya mengutip dana mencecah hampir RM200,000 untuk bayar khidmat peguam sebagaimana dakwaan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di sini .

Dan jangan lupa, bahawa para walaun telah berjaya membuktikan kemampuan mereka mengumpulkan dana lebih RM 300k sewaktu pastokin berlansung baru-baru ini.

Lagi pula para walaun semua sudah diberitahu dan disarankan awal-awal lagi untuk menderma jihad fi sabilillah...

Maka para walaun semua istiqamah berdiri teguh di belakang Tuan Guru. Bila diseru untuk menghulurkan lagi dana bagi membiayai kos, kita sedia bila-bila masa!
Tambahan pula, jika Hj Hadi memenangi kes ini, kos tersebut boleh dituntut oleh peguam Hj Hadi ke atas Clare nanti.

Jadi persoalan tentang kos yang mahal dan andaian kononnya 'Kawan' Hj Hadi ini mungkin akan mengabaikannya dan tidak membantu menyelesaikan yuran peguam selepas kes itu selesai, tidak timbul.

 Apa yang paling penting bagi Hj Hadi untuk meneruskan samanya terhadap Editor Sarawak Report ialah :

 Untuk menafikan bahawa RM90 juta yang didakwa telah disalurkan oleh Najib kepada Pas melalui Bekas Timb Presiden Pas iaitu Dato Nasharuddin adalah fitnah.

Maka dengan sekali gus, dengan sendirinya ia dapat menafikan bahawa kemewahan cara hidup beberapa pemimpin Pas yang dinamakan oleh Clare itu bukan dari agihan RM90 juta pemberian Najib.

Biarlah melalui perbicaaan Mahkamah Tinggi London itu nanti rakyat Malaysia dan dunia dapat mengetahui cerita sebenar tentang skandal 1MBD yang melibatkan berbilion wang rakyat Malaysia.

Kita semua juga mahu tahu tentang kisah sebenar skendal Perjanjian kapal selam Scorpene dan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. 

Yang demikian itu, saya berharap sangat Hj Hadi jangan terima nasihat Zahid Ibrahim itu. Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!


Thus Article Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!

Itulah artikel Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang! Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang! dengan alamat pautan https://malayof.blogspot.com/2017/11/hj-hadi-alang-alang-genggam-bara-biar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hj Hadi: Alang-alang genggam bara, biar sampai jadi arang!"

Post a Comment